web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Bertanggungjawab Sepenuhnya, Bukan Salah Pemain - Pan Gon 

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 7:27AM

Pan Gon memohon maaf kerana tidak dapat memberikan kegembiraan kepada peminat bola sepak negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PATHUM THANI (Thailand) - Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal membawa Harimau Malaya ke final Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.

Hajat Malaysia tersekat selepas dijinakkan Thailand 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Thammasat di sini, malam tadi.

Jurulatih dari Korea Selatan itu memohon maaf kerana tidak dapat memberikan kegembiraan kepada peminat bola sepak negara dan meminta semua pihak tidak menyalahkan pemain atas kekalahan tersebut.

Katanya, jika ada masalah yang membawa kepada kekalahan pasukan negara, ia perlu ditujukan kepadanya sebagai individu yang bertanggungjawab sepenuhnya.

“Saya tiada rungutan dan kekesalan, apa yang pemain saya lakukan dalam perlawanan - mereka berlari bermati-matian, mereka mengikut arahan saya, mereka berjuang sehingga tamat.

“Semua yang berkaitan adalah keputusan saya (kerana) semua taktikal, barisan pemain dan strategi adalah penentuan saya, bukan pemain. Anda boleh salahkan saya dan anda boleh menyerang saya (tetapi) bukan pemain,” katanya pada sidang media pasca perlawanan. 

Kemenangan tersebut membolehkan Thailand mara ke final dengan agregat 3-1 dan akan bertemu Vietnam di Hanoi, Jumaat ini dan final kedua di gelanggang sendiri, Isnin depan.

Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking merumuskan dua perlawanan separuh akhir yang dilalui Gajah Perang untuk mara ke final sebagai menakjubkan.

“Dua perlawanan separuh akhir yang hebat tetapi saya percaya perlawanan di Malaysia adalah lebih baik untuk kami berbanding hari ini. Secara keseluruhan, dua perlawanan ini lebih baik daripada peringkat kumpulan.

“Kami mendapat gol yang kami perlukan tetapi ia adalah perlawanan yang sukar terutama pada separuh masa pertama. Tetapi mereka tidak dapat mencipta peluang kerana kami bertahan dengan baik.

“Kami tahu kami tidak boleh membiarkan skuad lawan menjaringkan gol di sini,” kata jurulatih berusia 46 tahun itu.

Kemenangan malam ini menamatkan rekod tanpa kemenangan Thailand menentang Malaysia selepas enam perlawanan sejak 2018.

Thailand merupakan pasukan paling berjaya dalam kempen Piala AFF sejak acara sulung pada 1996 selepas muncul juara enam kali  dalam sembilan edisi akhir sebelum ini. -  Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad