web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Leicester Bangkit Menentang Brighton, Melonjak Ke Tangga Kedua Liga

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2021 8:27AM

Pemain-pemain Leicester meraikan gol Daniel Amartey. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON – Leicester bangkit selepas ketinggalan menentang Brighton untuk menang 2-1 awal pagi tadi, manakala Arsenal semakin ketinggalan dalam persaingan untuk posisi empat teratas selepas seri 1-1 dengan Burnley.

Kecederaan yang melanda pemain-pemain utama Leicester menyebabkan skuad Brendan Rodgers tampak keletihan, dan mereka ketinggalan seawal minit ke-10 bila Adam Lallana membuka jaringan buat Brighton, untuk gol pertamanya buat kelab itu.

Leicester tampak kurang bertenaga untuk separuh masa yang pertama tanpa James Maddison dan Harvey Barnes tapi mereka bangkit untuk merekodkan kemenangan pertama dalam empat perlawanan untuk naik ke posisi kedua Liga Perdana Inggeris.

“Pada separuh masa pertama kami tidak bermain dengan baik, kami tidak menekan lawan dan tidak menggerakkan bola dengan baik.

“Pada separuh masa kedua kami sangat hebat. Kami menghalang mereka daripada bermain dan menunjukkan kebolehan kami. Anak buah saya layak untuk menang hari ini,” kata Rodgers.

Umpanan Youri Tielemans memudahkan Kelechi Iheanacho untuk menjaringkan gol penyamaan buat The Foxes.

Kesilapan penjaga gol Brighton Robert Sanchez membuka peluang buat Daniel Amartey untuk menanduk masuk gol kemenangan Leicester.

Harapan Arsenal untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah musim depan buat kali pertama dalam lima tahun hanya akan tercapai dengan memenangi Liga Europa selepas gagal membawa pulang tiga mata di Turf Moor.

Anak buah Mikel Arteta kekal di posisi ke-10, sembilan mata tercicir dari tempat empat teratas liga.

Pierre-Emerick Aubameyang membuka jaringan buat The Gunners untuk gol ke-14nya musim ini selepas hanya enam minit permainan bermula.

Enam minit sebelum separuh masa pertama tamat, Granit Xhaka merembat bola kena bahagian badan penyerang Burnley Chriss Wood dan ia melantul masuk ke dalam gawang Arsenal untuk gol penyamaan.

Southampton menamatkan urutan sembilan permainan tanpa kemenangan dengan mengalahkan pasukan tercorot liga Sheffield United 2-0 untuk membuka jurang 10 mata daripada zon relegasi.

Sepakan penalti James Ward-Prowse dan rembatan kencang Che Adams memastikan tiga mata buat The Saints.

Aston Villa terus sepi tanpa kreativiti kapten Jack Grealish selepas seri 0-0 dengan Wolves. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Buka Saingan Musim Baharu Dengan Seri

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Mentaliti Arsenal Gembirakan Arteta Dalam Kemenangan Ke Atas Palace

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad