web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejohanan Dunia: Yew Sin- Ee Yi Teruskan Kemaraan Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 7:35AM

Yew Sin (kiri) dan Ee Yi berjaya layak ke suku akhir Kejohanan Dunia BWF. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mengekalkan momentum permulaan mereka yang baik dan menempah satu slot ke suku akhir Kejohanan Dunia BWF di Huelva, Sepanyol semalam.

Bagaimanapun, kemaraan mereka bukannya mudah bagi beregu pilihan kesembilan itu apabila perlu bertarung selama satu jam lapan minit untuk mengatasi beregu pilihan kelapan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India, 22-20, 18-21, 21-15 dalam perlawanan pusingan ketiga di Palacio de los Deportes Carolina Marin.

Beregu No 12 dunia itu akan bertemu Juara Olimpik Tokyo, Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan yang menewaskan beregu muda negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 21-18, 17-21, 21-18.

Pada masa sama, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016,  Goh V Shem-Tan Wee Kiong  masih berjaya mengekalkan impian untuk menjadi juara dunia berikutan kemenangan mereka ke atas Bjarne Geiss-Jan Colin Volker.

V Shem-Wee Kiong, yang merupakan beregu pilihan ke-10 mengalahkan gandingan bukan pilihan dari Jerman itu 21-14, 14-21, 21-17.

Pemenang gangsa Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tewas kepada beregu China  He Ji Ting-Tan Qiang  21-17, 14-21 dan 16-21 yang bangkit pada set kedua dan set penentuan.

 Ji Ting-Qiang akan berhadapan V Shem-Wee Kiong bagi menentukan slot ke separuh akhir esok.

Sementara itu, dua beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See gagal mara ke peringkat seterusnya selepas mereka tewas kepada lawan masing-masing.

Pasangan pilihan kesembilan Kian Meng-Pei Jing kalah kepada pilihan ketiga Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun 19-21, 19-21 sementara pasangan Jerman  Mark Lamsfuss-Isabel Lohau mengatasi Pang Ron-Yee See 21-13, 13-21, 21-18. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sepanyol Juara Euro 2024

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Besarnya Tahi Bintang!

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Kempen Global ‘Only In Madrid’ Tampilkan Keunikan Ibu Kota Sepanyol

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad