Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kempen Global ‘Only In Madrid’ Tampilkan Keunikan Ibu Kota Sepanyol

Sempena pelancaran kempen di Malaysia, empat personaliti Asia dilantik sebagai duta antarabangsa baharu untuk jenama Madrid

Jelajah Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2024 8:36AM

gambar MADRID TURISMO

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MADRID TURISMO oleh IFEMA Madrid pada minggu lalu mengumumkan pelancaran kempen kreatif globalnya ‘Only in Madrid’ di Malaysia.

Kempen itu bertujuan mempromosikan wilayah Madrid kepada khalayak pada peringkat global. Justeru menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi.

Kempen yang memasuki edisi kedua itu melantik pempengaruh Ayana Moon, Raffi & Nagita; usahawan, pelakon dan pelakon Korea Selatan, Yang Dong-Geun sebagai duta terbaharu jenama Madrid. 

MADRID TURISMO oleh IFEMA MADRID adalah projek bersama Kerajaan Wilayah Madrid, Majlis Bandaraya Madrid dan IFEMA Madrid untuk mempromosikan Madrid sebagai destinasi pelancongan kepada pasaran antarabangsa, sekali gus mengukuhkan jenama Madrid pada peringkat global.

Istana Diraja di Madrid. gambar MADRID TURISMO
Istana Diraja di Madrid. gambar MADRID TURISMO

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada Kempen Pemasaran Key Opinion Leaders (KOLs) dan pempengaruh yang sedang dijalankan untuk mempromosikan Madrid di Asia.

‘Only in Madrid’ menitikberatkan gabungan tersendiri seni, budaya, gastronomi, membeli-belah, kemeriahan serta gaya hidup unik yang telah mendorong Madrid untuk menjadi bandar yang wajib dilawati di Eropah.

Madrid adalah lokasi terletaknya Istana Diraja terbesar di dunia dan mercu tanda lain yang cantik seperti Plaza Mayor, Muzium El Prado dan Stadium Bernabeu Real Madrid. Setiap kawasan kejiranan Madrid adalah berbeza dan unik. 

Kawasan Malasaña yang funki, Salamanca yang bergaya dan mewah iaitu tempat pengunjung boleh membeli-belah sepuas hati, menjamah makanan yang enak serta menghayati tarian Flamenco.

Di sebalik kemewahan dan kesibukan ibu kota Sepanyol, terdapat sisi yang kurang popular tetapi mempesonakan di kawasan metropolitan Madrid atau Greater Madrid. 

Hanya dalam jarak perjalanan yang singkat, terdapat kawasan desa yang subur, sarat dengan sejarah dan budaya, pekan zaman pertengahan yang aneh tetapi menarik, kilang wain indah serta taman yang menawan adalah perubahan yang menggamit jiwa daripada kehidupan bandar.

Kawasan Greater Madrid juga menempatkan tiga warisan UNESCO iaitu Alcalá de Henares, San Lorenzo de El Escorial dan Aranjuez. Untuk sampai ke sini, perjalanan hanya mengambil masa kurang dari satu jam pemanduan dari pusat bandar. 

Jangan bimbang mengenai penginapan. Data menunjukkan Madrid akan mempunyai lebih daripada 2,700 bilik hotel mewah menjelang akhir 2023, meningkat 50 peratus daripada sedekad lalu.

gambar Mandarin Oriental Ritz
gambar Mandarin Oriental Ritz

Terbaharu, Hotel The Four Seasons dibuka berhampiran pusat Puerta del Sol dengan kompleks seluas 1,500 meter persegi yang merangkumi pusat beli-belah untuk jenama mewah termasuk Dior dan Hermes.

Dalam pada itu, baru-baru ini Hotel Ritz yang berdekatan telah dinaik taraf kepada jenama Mandarin Oriental Ritz yang serba mewah. 

Di sini juga terletaknya syurga kepada jenama paling mewah serta fesyen pantas di dunia seperti Loewe, Balenciaga dan Manolo Blahnik, selain Zara dan Mango. 

Jenama-jenama ini serta sejarahnya menjadikan Madrid sebagai salah satu ibu kota fesyen antarabangsa yang paling berpengaruh di dunia.

Bagi mereka yang kurang gemar akan kemewahan fesyen glamor, pembeli masih boleh mencari pakaian dan item popular keluaran tempatan di lorong seni Madrid. Kualiti produknya luar biasa serta agak berpatutan berbanding jenama antarabangsa.

Lorong seni yang terkenal itu terdiri daripada syarikat bersaiz kecil dan sederhana yang berfungsi selaras dengan nilai 'fesyen perlahan'.

Mereka memfokuskan pada rekaan yang tak lapuk dek zaman, menggunakan tenaga kerja tempatan, jahitan yang kemas serta bahan dan fabrik yang berkualiti. 

Malah, Sepanyol adalah salah satu daripada beberapa negara Eropah yang mengekalkan kraf fabrik artisanal, meraikan generasi tukang seni dan juga destinasi utama untuk meneroka, menikmati dan menggayakan fesyen Sepanyol.

Alcalá de Henares. gambar Unsplash
Alcalá de Henares. gambar Unsplash

Selain fesyen, budaya Madrid berkait rapat dengan makanan sama ada makan tengah hari pada hari Ahad bersama keluarga, mencari hidangan pembuka selera bersama rakan-rakan, atau menghabiskan masa berjam-jam di pasar untuk membeli hasil tempatan yang paling segar.

Panduan MICHELIN Sepanyol baru-baru ini mengumumkan restoran yang dianugerahkan bintang Michelin di Madrid untuk tahun 2024. Secara keseluruhan, Madrid kini mempunyai 28 restoran dengan 36 bintang di dalam carta, menjadikannya sebagai salah satu destinasi gastronomi terbaik dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Madrid dan mengetahui perkara untuk dilihat, dilakukan dan alami sendiri, sila lawati: https://www.turismomadrid.es/en/ atau https://www.esmadrid.com/en - Getaran, 20 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Maghribi, Portugal, Sepanyol Calon Tunggal Anjur Piala Dunia 2030

3

Luar Negara 8 bulan yang lalu

Kebakaran Hutan Di Sepanyol Semakin Marak, Sukar Dikawal

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Yuna Dipuji Tunjuk Kebolehan Bicara Bahasa Sepanyol Lancar, Ramai Harap Dia Akan Rakam Lagu Latin 

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 17 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN

Jelajah 23 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN