web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gol Ke-800 Ronaldo Bantu United Tundukkan Arsenal

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 9:08AM

Ronaldo (kiri) meraikan jaringan keduanya menentang Arsenal. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANCHESTER - Michael Carrick meninggalkan Manchester United dengan kemenangan apabila Cristiano Ronaldo melepasi tanda 800 gol untuk kelab dan negara selepas menjaringkan dua gol untuk membantu The Red Devil menumpaskan Arsenal 3-2 awal pagi tadi.

Carrick mengendalikan pasukan itu buat kali terakhir sebagai pengendali sementara dengan pengurus interim Ralf Rangnick menonton dari tempat duduk, dan selepas tamat perlawanan bekas pemain tengah England itu mengumumkan yang beliau akan meninggalkan United.

Bekas pemain tengah United itu adalah sebahagian daripada barisan kejurulatihan Ole Gunnar Solskjaer dan telah dikritik hebat oleh bekas rakan sepasukan Paul Scholes kerana terus berada di kelab tersebut selepas pengurus dari Norway itu dipecat.

Carrick berkata keputusan untuk meninggalkan kelab itu dibuat sepenuhnya oleh dirinya.

“Saya fikirkan ini adalah perkara yang terbaik untuk pasukan dan Ralf dan saya senang keputusan ini.

“Kami berada dalam situasi di mana ada tanggungjawab untuk mengendali pasukan ini menghadapi beberapa perlawanan sebelum pelantikan pengurus baharu dibuat.

“Kesetiaan kepada Ole adalah antara sebab, tapi ada banyak lagi perkara lain yang membawa kepada saya mengambil keputusan ini,” kata Carrick.  

Tiga mata yang diraih di Old Trafford bermakna Rangnick akan mengambil alih kerusi panas United dengan kelab itu berada jarak tiga mata daripada posisi empat teratas di carta Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan ini juga melengkapkan tempoh berkhidmat yang cemerlang buat Carrick selepas membawa United ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah dan seri 1-1 dengan peneraju liga Chelsea.

Arsenal membuka jaringan pada minit ke-13 melalui gol dari Emile Smith Rowe.

Bruno Fernandes kemudian menyamakan kedudukan sebelum tamat aksi babak pertama.

Ronaldo menjaringkan gol ke-800 kariernya di babak kedua dan memberi kelebihan kepada United sebelum Martin Odegaard menyamakan kedudukan dua mini kemudian.

United dianugerahkan sepakan penalti selepas Fred dijatuhkan dalam kotak penalti dan Ronaldo menyempurnakan sepakan untuk melepasi 800 gol dalam kariernya. - AFP

Keputusan lain:

Tottenham 2 Brentford 0

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

3

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad