web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Mara, Daren Tersingkir Dari Terbuka Switzerland

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 12:23PM

Lee Zii Jia - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia melepasi halangan pertama untuk mara ke pusingan seterusnya Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland 2021.

Pemain berusia 22 tahun dari Kedah itu merupakan pemain pilihan kedua dalam kejohanan pembukaan musim ini, menyingkirkan pemain Rusia Sergey Sirant 21-12, 21-14  dalam masa 37 minit di St Jakobshalle, Basel dan akan berdepan Victor Svendsen pada pusingan kedua.

Bagaimanapun pemain perseorangan profesional Liew Daren, yang menewaskan pemain nombor tiga dunia Anders Antonsen dari Denmark pada Terbuka Thailand baru-baru ini, tewas kepada pemain pilihan keenam Kantaphon Wangcharoen dari Thailand 21-12, 21-16, menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Bagi kategori beregu lelaki, pilihan pertama Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan New Zealand Oliver Leydon-Davis dan Abhinav Manota 21-13, 21-15 dan bakal menentang Jeppe Bay-Lasse Molhede dari Denmark.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 Gov V Shem-Tan Wee Kiong juga layak ke suku akhir selepas menyingkirkan Danile Lundgaard-Mathias Thyrri dari Denmark 21-17, 21-11.

Pemain pilihan ketiga itu akan menentang pasangan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel.

Beregu wanita yang sedang meningkat naik, Pearly Tan-M. Thinaah terus mempamerkan momentum yang baik menewaskan pasangan Austria, Serena Au Yeong-Katharina Hochmeir 21-7, 21-6 dalam masa 21 minit dan akan berdepan beregu Rusia, Anastasiia Akchurina-Olga Morozova.

Pemain perseorangan wanita Soniia Cheah, yang baru-baru ini digugurkan daripada skuad kebangsaan, gagal mempamerkan permulaan yang positif sebagai pemain profesional apabila tewas 21-15, 13-21, 16-21 kepada Yvonne Li dari Jerman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Alami Kekejangan Otot, Tarik Diri Terbuka Singapura

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Zii Jia Kejutkan Antonsen Untuk Separuh Akhir Malaysia Masters

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad