web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pusat Kecemerlangan Sukan Dron KBS Mungkin Diambil Alih MoSTI

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 11:00AM

Gambar hiasan dari thedronesmag.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini mengecewakan ramai pegawai atasan dalam industri sukan negara selepas kerajaan pusat hanya memperuntukkan RM289 juta bagi tahun depan.

Namun industri itu mungkin akan menerima satu lagi tamparan yang dahsyat.

Mengikut sumber, ada khabar angin yang mengatakan RM5 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron akan diambil alih oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MoSTI).

“Ada ura-ura dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang MoSTI telah menyatakan minat untuk mengambil alih RM5 juta yang diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron dan meletakkannya di bawah Program Pembangunan Dron mereka, walaupun ia belum rasmi lagi.  

“Saya percaya yang ia berkait rapat dengan pelancaran ‘Area 57’ MoSTI baru-baru ini di Taman Teknologi Malaysia. Walau bagaimanapun kami masih menunggu pengesahan tentang perkara ini.  

“Kerajaan sudah menghentikan Program Podium dan sekarang kami perlu bimbang tentang isu ini pula,” kata sumber itu kepada The Vibes.

Program Podium, yang dimulakan pada 2016, diperuntukkan RM380 juta untuk pembangunan sukan buat tempoh lima tahun.

Program itu membolehkan KBS, Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara untuk meningkatkan prestasi atlet negara yang bersaing di temasya sukan antarabangsa seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.

Manakala, pada 16 September Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba melancarkan zon pembangunan dron yang dinamakan ‘Area 57’ di Taman Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur.

Disifatkan sebagai pusat untuk inovasi dron, Area 57 dilaporkan akan dilengkapkan dengan landasan sepanjang 100 meter, kawasan penerbangan 300 meter persegi, tapak ujian mock up, hangar, makmal simulasi dan rekaan, perkakas membangunkan dan membuat prototaip, fasiliti latihan, pejabat operasi dan bengkel servis dan penyelenggaraan. - The Vibes, 24 November 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

3

Sukan 2 tahun yang lalu

KBS Capai 22 Pembaharuan Dalam Tempoh 9 Bulan - Adam Adli

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Pegawai Kanan KBS Dipenjara 15 Tahun, Didenda RM284.2 Juta

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad