web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khidmat Solskjaer Di Man United Tidak Diperlukan Lagi

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 7:23PM

Khidmat Solskjaer ditamatkan selepas mengendali United selama tiga tahun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANCHESTER - Manchester United menamatkan khidmat Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus di Old Trafford selepas tiga tahun berikutan urutan satu kemenangan dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Tumpas 4-1 di tangan Watford adalah kekalahan terakhir yang boleh diterima oleh lembaga pengarah United, yang memberi sokongan kepada Solskjaer walaupun dimalukan di laman sendiri oleh Liverpool dan Manchester City.

“Manchester United mengumumkan yang Ole Gunnar Solskjaer telah meninggalkan peranannya sebagai pegurus,

“Ole akan sentiasa dipandang sebagai legenda kelab ini dan kami kesal yang keputusan sukar ini perlu diambil.

“Walaupun keputusan beberapa minggu kebelakangan ini mengecewakan, ia tidak harus membayangi kerja yang beliau telah lakukan di sini sejak tiga tahun lalu,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

United kini berada di tangga ketujuh liga, 12 mata di belakang peneraju Chelsea dan juga telah disingkirkan daripada Piala Liga.

Bekas pemain tengah The Red Devils, Michael Carrick akan mengambil alih dan mengendali pasukan ini menentang Villarreal dalam aksi penting Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu nanti.

United sedang dalam usaha mencari pengurus interim untuk dilantik mengendalikan pasukan ini hingga akhir musim.

Bekas pengurus Real Madrid Zinedine Zidane dikatakan pilihan utama untuk menggantikan Solskjaer.

Pengendali Leicester Brendan Rodgers dan pengurus Ajax Erik ten Hag juga antara nama-nama lain yang disebut.

Keputusan untuk menunggu hingga tamat musim untuk membuat keputusan boleh mengembangkan kumpulan calon yang lebih ramai, termasuk pengendali Paris St Germain Mauricio Pochettino. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

3

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad