web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Detik Cemerlang dan Gelap Karier Frank Lampard

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 9:30AM

Lampard hanya mampu bertahan selama 18 bulan sebagain pengurus Chelsea. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON – Status Frank Lampard sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah kelab Chelsea tidak dapat menyelamatkan bekas pemain tengah itu daripada dipecat selepas hanya 18 bulan dilantik sebagai pengurus pasukan London itu.

AFP mengenang kembali detik cemerlang dan gelap karier bekas tunjang England itu sebagai pemain dan pengurus.

Detik Cemerlang:

Tunjang Revolusi Abramovic

Walaupun di beli sebelum ketibaan jutawan Russia Roman Abramovic ke Stamford Bridge pada tahun 2003, Lampard menjadi pemain penting di dalam kebangkitan Chelsea sebagai kelab yang memberi saingan dalam kejohanan besar.

Dia menjaringkan dua gol di dalam kemenangan ke atas Bolton yang menamatkan kemarau 50 tahun kejuaraan liga untuk kelab London itu pada April 2005.

Tujuh tahun selepas itu Lampard menjaringkan gol didalam penalty shootout yang menyaksikan Chelsea mengejutkan Bayern Munich untuk merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah di laman sendiri.

Di samping itu dia juga merangkul dua lagi kejuaraan liga, empat Piala FA, dua Piala Liga, dan satu Liga Europa.

Pemecah rekod

Kebolehan Lampard untuk menjaringkan gol dari posisi tengah mengangkat dia sebagi penjaring terbanyak dalam sejarah Chelsea selepas meninggalkan kelab itu pada 2013.

Dia menjaringkan 211 gol dalam 648 penampilan, memecahkan rekod yang dipegang oleh Bobby Tambling selama 40 tahun.

Jumlah jaringan sebanyak 117 gol di Liga Perdana Inggeris juga adalah satu rekod bagi pemain tengah, meletakkan Lampard di atas Thierry Henry, Harry Kane dan Michael Owen sebagai penjaring kelima terbanyak.

Kejayaan di musim pertama

Lampard pulang ke Stanford Bridge sebagai pengurus hanya selepas satu tahun mengurus kelab bawahan Derby County.

Terpaksa berdepan dengan larangan membeli pemain dan keberangkatan Eden Hazard ke Real Madrid, jangkaan untuk musim pertama beliau mengendalikan kelab London itu adalah rendah.

Tetapi lagenda kelab itu tetap berjaya mengekalkan Chelsea bertanding didalam Liga Juara-Juara Eropah dengan mencapai posisi keempat di Liga Perdana Inggeris.

Lampard memberi peluang untuk pemain-pemain akademi Chelsea seperti Mason Mount, Tammy Abraham dan Billy Gilmour untuk menyinar, tidak seperti pengurus-pengurus Chelsea sebelumnya.

Pemain-pemain muda yang diberi kepercayaan oleh Lampard juga berjaya membawa Chelsea ke final Piala FA tetapi kalah kepada Arsenal.

Detik Gelap:

Pemecatan

Lampard di pecat enam bulan selepas musim keduanya mengendalikan Chelsea bermula kerana gagal memenuhi jangkaan yang lebih besar selepas membelanjakan £220 million (RM1.2 bilion) untuk pemain baharu.

Chelsea jatuh ke posisi ke-sembilan di Liga Perdana selepas lima kekalahan dalam lapan permainan, menyukarkan kelab itu bersaing untuk kejuaraan liga.

Abramovich menyatakan yang dia dan Lampard mempunyai hubungan yang baik, tetapi itu tidak cukup untuk menyelamatkan lagenda kelab itu dari di pecat.

Kegagalan di Derby County

Lampard berjaya meyakinkan Chelsea untuk melantik beliau menjadi pengurus hanya selepas mengendalikan Derby County untuk satu tahun walaupun gagal untuk mengecapi promosi ke Liga Perdana.

Kekalahan 2-1 kepada Aston Villa di final playoff masih memberi kesan kepada kelab Championship itu.

Mereka kini menghadapi kesukaran untuk membayar gaji pemain dan sedang bergelut untuk mengelak relegasi.

Kegagalan dengan England

Lampard merupakan sebahagian daripada ‘generasi emas’ England yang juga terdiri daripada Wayne Rooney, and Steven Gerrard yang tidak pernah mengecapi kejayaan di kejohanan besar.

Sebagai pemain tengah yang menjaringkan gol, Lampard dan Gerrard memacu Chelsea dan Liverpool memenangi kejohanan demi kejohanan untuk kelab masing-masing.

Tetap kejanggalan mereka sebagai duo di posisi tengah England sentiasa dijadikan sebab kegagalan England di kejohanan besar.

Lampard merupakan satu daripada sembilan pemain yang bermain lebih dari 100 kali untuk England tetapi penampilan di peringkat suku akhir di Euro 2004 dan Piala Dunia 2006 adalah rekod terbaik beliau di peringkat antarabangsa. – AFP, 29 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 minggu yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 2 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Sentuh Pipi Dengan Mesra’, Ketua UMNO Beruas Nafi Tampar Cucu Nik Aziz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga China Dikenal Pasti Anjur Pesta Dadah Di Hotel Kuala Lumpur

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

SPR: Daftar Pemilih Johor Cecah 2.7 Juta Menjelang PRN

oleh Wartawan Getaran