web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terbuka Hylo: Zii Jia Mara Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2021 7:38AM

Lee Zii Jia - Gambar dari Badminton Photo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Hylo 2021 di Jerman selepas menundukkan pemain Thailand Kantaphon Wangcharoen dalam perlawanan suku akhir semalam.

Biarpun memenangi set pertama 21-13 dengan selesa, Juara All England 2021 terselamat dalam aksi set kedua yang mendebarkan  setelah ketinggalan 6-16 sebelum bangkit untuk merapatkan jurang mata kepada 16-16 dan seterusnya menewaskan Kantaphon 22-20.

Zii Jia yang merupakan pemain pilihan kedua kejohanan akan bertemu dengan pemenang satu lagi perlawanan suku akhir hari ini antara pemain pilihan keenam, Srikanth Kidambi dari India dan pemain pilihan ketiga, Angus Ng Ka-long yang mewakili Hong Kong.

Zii Jia kini menjadi pemain kegemaran untuk menjuarai kejohanan badminton ini selepas pilihan nombor satu Chou Tien Chen dari Taiwan kalah mengejut kepada pemain Singapura, Loh Kean Yew 18-21, 13-21 dalam pusingan pertama, Rabu lepas.

Sementara itu, pasukan beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei tumpas di tangan pasangan Thailand Supak Jomokh-Supissara Paewsampran 21-18, 21-13. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad