web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cabaran Sze Fei-Nur Izzuddin Di Terbuka Denmark Berakhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 7:53AM

Sze Fei-Nur Izzuddin beri saingan sengit sebelum tewas dalam tiga permainan. - Gambar dari Badminton Photo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cabaran Malaysia di Badminton Terbuka Denmark berakhir malam tadi, selepas wakil terakhir negara pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, tewas di separuh akhir.

Pasangan nombor ke-26 dunia itu, tewas kepada pasangan tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-11, 19-21, 21-18 pada perlawanan berlangsung hampir sejam di Odense Sport Park, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia, www.bwf.tournamentsoftware.com.

Perlawanan akhir pad Ahad, akan menyaksikan pasangan nombor 11 dunia dari Denmark itu akan bertemu pasangan nombor 15 dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, yang menewaskan pasangan Jerman Mark Lamsfuss-Marvin Seidel 20-22, 21-18, 21-16 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Sze Fei-Nur Izzuddin layak ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan No 7 dunia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia 21-18, 21-17, pada Jumaat.

Sementara pemain No 1 perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia pula terkeluar selepas tewas kepada juara Olimpik Tokyo Viktor Axelsen 21-19, 21-19, pada peringkat suku akhir.

Pasangan beregu campuran nombor dua negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula tewas 21-19, 12-21 dan 14-21 pada peringkat suku akhir, kepada pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad