web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sze Fei-Izzuddin Tewaskan Juara Piala Thomas Untuk Mara Separuh Akhir Terbuka Denmark

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 7:49AM

Sze Fei-Nur Izzuddin menundukkan lawan mereka dalam straight sets. - Gambar dari Badminton Photo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengejutkan juara Piala Thomas, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia untuk mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Denmark.

Dalam saingan semalam pasangan pilihan ke-26 dunia itu membuat kejutan dengan menewaskan pasangan pilihan ketujuh dengan 21-18, 21-17 dalam masa 34 minit di Odense Sports Park.

Ia merupakan kemenangan pertama pasangan negara dalam empat pertemuan menentang pasangan berkenaan, yang sebelum ini membantu Indonesia merangkul Piala Thomas selepas 19 tahun kemarau, baru-baru ini.

Dalam saingan separuh akhir hari ini Sze Fei-Nur Izzuddin akan berhadapan dengan beregu beregu tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Sementara itu cabaran negara dalam acara beregu campuran berakhir apabila pasangan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tewas kepada pilihan keempat Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun dalam saingan peringkat suku akhir.

Walaupun menang dalam set pertama 21-19, pasangan negara kemudiannya tewas dengan 12-21, 14-21 kepada pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo selepas berentap selama satu jam 32 minit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad