Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: Semua Lawan NSFC Dapat Kemenangan Percuma

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 9:29PM

Stuart Ramalingam - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga pasukan dalam Kumpulan C mendapat kemenangan percuma 3-0 selepas Negeri Sembilan FC (NSFC) tidak meneruskan baki saingan Piala Malaysia 2021 susulan hampir keseluruhan pasukan itu positif COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam menerusi kenyataan berkata keputusan itu diambil dengan merujuk kepada Bahagian 13: Pematuhan SOP Penganjuran Perlawanan Piala Malaysia 2021.

Beliau berkata sekiranya pegawai atau pemain didapati positif dan wajib menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga menyebabkan pasukan tidak dapat menjalani latihan dan menyertai pertandingan, maka perlawanan yang melibatkan kelab terbabit akan dibatalkan.

“Dalam surat makluman kepada MFL, NSFC telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan baki saingan peringkat kumpulan dan tidak melibatkan pasukan-pasukan yang lain demi menjaga gelembung sukan bola sepak serta menjaga keselamatan pegawai dan pemain.

“Ini kerana NSFC melalui doktor pasukan dalam surat itu telah menjelaskan bahawa pegawai dan pemain yang positif akan memperoleh beberapa kesan sampingan akibat daripada jangkitan, antaranya penurunan tahap kecergasan fizikal dan kesan ‘detraining’, gelaja jangkitan post-COVID, kompilasi kardiovaskular dan kompilasi perubatan lain,” katanya.

Keputusan itu akan menyaksikan Kedah Darul Aman (KDA) FC memperoleh enam mata tanpa mengeluarkan keringat, manakala Melaka United dan Kelantan United masing-masing akan memperoleh tiga mata percuma.

Dalam baki empat perlawanan peringkat kumpulan, NSFC dijadual bertemu Kedah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 29 Okt dan di Stadium Darul Aman, Alor Setar (2 Nov), Melaka United di Paroi (6 Nov) dan Kelantan United di Paroi (9 Nov).

Terdahulu, NSFC mengumumkan tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia musim ini selepas 20 pemain serta empat pegawainya disahkan positif COVID-19 dan mereka sedang menjalani kuarantin selama 10 hari.

Juara tiga kali itu yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2011, menduduki tempat ketiga Kumpulan C dengan tiga mata, selepas tewas 2-0 kepada Melaka United dan menang 1-0 ke atas Kelantan United.

Stuart yang menganggap insiden itu sebagai satu perkhabaran yang tidak diingini, berharap barisan pegawai dan pemain skuad Hobin Jang Hobin itu cekal dan tabah menghadapi ujian berkenaan sekali gus berharap akan kembali beraksi di pentas Liga Malaysia dalam tempoh terdekat.

Dalam masa sama, beliau turut berharap pasukan-pasukan lain kekal berdisiplin dan menjaga gelembung sukan demi memastikan perjalanan pasukan dalam kempen Piala Malaysia 2021 tidak terjejas. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Semasa 5 jam yang lalu

Bakar Mercun Tengah Jalan Raya, Pembantu Bengkel Dicekup Polis

Semasa 18 jam yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran