web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendaftaran Larian Maya Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang Dibuka 22 Oktober

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 7:43AM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Larian Maya Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) 2021 yang bertema ‘A Run Towards Normalcy’ akan dibuka untuk pendaftaran pada 22 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin berkata larian maya itu, yang dijadualkan bermula pada 21 November (12 tengah malam) dan berakhir pada 20 Disember 2021 (11.59 malam), akan dibuka untuk rakyat Malaysia dan pelari maraton seluruh dunia di www.penangmarathon.gov.my, tanpa sebarang fi.

Beliau berkata terdapat tiga kategori cabaran baharu iaitu lima pasukan terbesar, 10 pelari dengan jarak paling jauh serta 10 pelari pertama yang mencapai jarak 100 kilometer (km), 300 km dan 500 km.

“Lima pasukan terbesar dari segi ahli akan diberikan piala. Setiap ahli (13 tahun dan ke atas) perlu mencatat minimum 5 kilometer (km) dalam satu aktiviti.

“Bagi 10 pelari dengan jarak paling jauh, 10 pelari bagi setiap jantina dengan jarak paling jauh dalam tempoh perlumbaan akan menerima pingat pencapaian khas. 10 pelari pertama bagi setiap jantina yang mencapai 100km, 300km serta 500km juga akan diberikan pingat khas dan pemenang berulang adalah dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selain kategori baharu, Yeoh berkata tiga kategori konvensional akan berlangsung seperti biasa iaitu 10km, 21km (separa maraton) dan 42km (maraton) dengan tambahan larian ria sejauh 5km.

Beliau berkata pelari yang berminat menyertai kedua-dua acara perlu mendaftar secara berasingan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nak Konvoi Tu Boleh, Tapi Jangan Halang Orang Lain

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Ahad Ini Untuk Larian Maraton

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Mengundur Pun Boleh, Asalkan Mangsa Kemalangan Selamat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Beberapa Jalan Dan Jambatan P. Pinang Ditutup Ahad Ini

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad