web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beberapa Jalan Dan Jambatan P. Pinang Ditutup Ahad Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 9:45AM

Acara kayuhan berbasikal Ahad nanti akan melibatkan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Beberapa jalan termasuk Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan ditutup sementara secara berperingkat untuk acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride pada 8 Januari (Ahad) ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Soon Lip Chee berkata jarak kayuhan basikal untuk program itu adalah sejauh 66 kilometer dan jalan-jalan yang terlibat akan ditutup bermula 6.30 pagi hingga 1 tengah hari.

"Acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride anjuran kerajaan negeri bersama Kelab Berbasikal G Club dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang melibatkan tempat pelepasan serta tempat penamatan di Persiaran Bayan Indah 2 (berhadapan Queens Waterfront)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Soon berkata memandangkan acara kayuhan berbasikal akan melibatkan Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, laluan sehala akan ditutup dengan sepenuhnya pada masa yang tertentu sahaja untuk memberi laluan kepada peserta kayuhan.

“Bagi Jambatan Pulau Pinang iaitu dari arah bahagian Pulau ke Seberang Perai sahaja waktu penutupan adalah dari 6.30 pagi hingga 9 pagi manakala bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari arah Batu Kawan ke Batu Maung sahaja waktu penutupan adalah dari 9 pagi hingga 12 tengah hari," katanya.

Beliau berkata Penang Fellowship Ride telah menarik 2,500 penyertaan termasuk peserta dari Singapura, Australia dan Jepun serta Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak juga akan mengambil bahagian dalam acara kayuhan berbasikal itu.

"Para peserta diingatkan untuk memakai jersi rasmi yang dibekalkan oleh pihak penganjur kerana hanya peserta yang memakai jersi rasmi sahaja dapat mengambil bahagian dalam acara kayuhan berbasikal ini dan merentasi Jambatan Pulau Pinang serta Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nak Konvoi Tu Boleh, Tapi Jangan Halang Orang Lain

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Ahad Ini Untuk Larian Maraton

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Mengundur Pun Boleh, Asalkan Mangsa Kemalangan Selamat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Banjir: 12 Laluan Ditutup Kepada Lalu Lintas Di Kelantan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam