Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala Thomas: Malaysia Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 7:17AM

Lee Zii Jia - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AARHUS - Skuad muda negara melangkah ke suku akhir Piala Thomas selepas membelasah Kanada 5-0  di Arena Ceres di sini, malam tadi (awal pagi Rabu di Malaysia).

Membuka kempen dalam Kumpulan D, Malaysia menampilkan aksi pemanas badan dengan penuh bergaya sebelum berdepan dengan Jepun pada Khamis ekoran penarikan diri pasukan England.

Seperti diramalkan, pemain perseorangan utama negara Lee Zii Jia membuka gelanggang dengan hanya mengambil masa 38 minit untuk menewaskan pemain nombor 39 dunia Brian Yang 21-18, 21-13 untuk mata pertama negara.

Pemain muda berusia 19 tahun dari Kanada itu memberi cabaran sengit pada awal set pertama tetapi gagal menandingi ketangkasan Zii Jia yang kemudian mengawal set kedua, sekali gus mencatatkan kemenangan bersih dalam dua pertemuan selepas pusingan pertama All England, Mac lalu.

Mengulas kemenangannya, Zii Jia berkata beliau turun ke gelanggang dengan dua misi iaitu memastikan satu mata untuk negara dan mengekalkan status sebagai 10 pemain perseorangan terbaik dunia dengan menundukkan bintang Kanada yang semakin meningkat itu.

“Saya rasa paling penting hari ini ialah kekuatan mental. Saya rasa kekuatan mental lawan saya itu kurang sedikit, jadi saya memaksanya melakukan kesilapan. Memang dia seorang pemain bagus dengan kemahiran melakukan serangan dan mampu bermain defensif,” kata pemain nombor lapan dunia itu.

Brian merupakan pemain sensasi dalam acara perseorangan lelaki selepas mengejutkan pemain nombor tujuh dunia, Jonatan Christie dari Indonesia pada Piala Sudirman baru-baru ini dan mengatasi pemain nombor 13 dunia, Kanta Tsuneyama dari Jepun pada perlawanan pembukaan mereka dalam Kumpulan D Piala Thomas di sini.

Pada perseorangan kedua, juara beregu campuran Sukan Olimpik Remaja 2014, Cheam June Wei menghadiahkan mata kedua untuk negara selepas mengejutkan pemain Olimpik Jason Anthony Ho-Sue.

Menghuni ranking ke-70 dunia, June Wei, 24, menyingkirkan Jason, selaku pemain nombor 46 dunia, dalam straight set 21-14, 21-14, dalam masa 40 minit pada pertemuan pertama dengan wakil Kanada itu.

Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong membalas kepercayaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan barisan jurulatih pada penampilan sulungnya dengan mengatasi B.R. Sankeerth 21-7, 21-19 dalam masa 42 minit untuk mengesahkan slot suku akhir.

Selepas pemain perseorangan mencipta kemenangan straight-set, gandingan baharu negara, Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani tidak menghadapi masalah untuk mengutip mata keempat negara apabila dengan mudah mengatasi Philippe Charron-Maxime Tetreault 21-7, 21-10 dalam masa 25 minit.

Pada perlawanan terakhir, gandingan baharu Aaron Chia-Goh Sze Fei menyudahkan kemenangan bergaya skuad negara dengan mengetepikan cabaran Sankeerth-Nyl Yakura 21-14, 21-13 dalam masa 31 minit. - Bernama

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

Semasa 1 hari yang lalu

Hati-Hati, Tiada Pegawai Akan Hubungi Orang Awam - Kementerian Digital

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran