web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Marquez Kekal Gah Di Circuit Of The Americas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Oct 2021 8:39AM

Marquez bersama trofi pemenang GP of the Americas. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AUSTIN - Marc Marquez mengekalkan rekod tanpa kalahnya di Circuit of the Americas awal pagi tadi, menjuarai GP of the Americas buat kali ketujuh.

Marquez, yang bermula di petak ketiga di atas grid perlumbaan, terus meluru ke hadapan dan mendahului perlumbaan hingga ke pusingan akhir.

Beliau menamatkan perlumbaan di hadapan pendahulu kejuaraan dunia MotoGP Fabio Quartararo.

Marquez tidak memberi peluang langsung kepada penunggang Perancis itu, tetapi Quartararo berjaya melebarkan jurang mata di carta kejuaraan dunia kepada 52 mata di hadapan penunggang Itali Franceso Bagnaia, yang menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.

Dengan tinggal dua perlumbaan lagi musim ini, Quartararo semakin menghampiri mahkota kejuaraan dunia MotoGP pertamanya.

Beliau boleh menjadi pelumba dari Perancis pertama merangkul kejuaraan dunia MotoGP di Misano Itali pada 24 Oktober.

“Ini sangat baik!

“Secara fizikal perlumbaan ini sangat sukar tetapi saya gembira dengan pencapaian kami dan dapat menamatkan perlumbaan di hadapan Bagnaia.

“Saya sangat gembira dapat melebarkan jurang mata terhadapnya,” kata pelumba yang berusia 22 tahun itu. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad