web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aksi Memberangsangkan Malaysia Berakhir Di Tangan Jepun

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 8:07AM

Aaron dan Wooi Yik gagal meyumbangkan mata bagi Malaysia menentang Jepun. - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aksi memberangsangkan skuad muda badminton negara pada kejohanan Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland terhenti setakat peringkat separuh akhir selepas tumpas 1-3 kepada Jepun, malam tadi.

Ia kemenangan kedua Jepun ke atas Malaysia dalam edisi kejohanan berpasukan itu kali ini selepas menundukkan skuad negara 4-1 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan D, sebelum ini.

Bagi Malaysia pula, kecemerlangan sewaktu menundukkan musuh tradisi Indonesia di suku akhir, semalam, gagal diulangi menyaksikan kemarau kemenangan selama 16 tahun berdepan Jepun gagal ditamatkan.

Kali terakhir Malaysia mengatasi Jepun dalam Piala Sudirman ialah pada edisi 2005 Beijing China.

Langkah kiri Malaysia pada pertembungan itu bermula seawal aksi beregu lelaki apabila pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik dikejutkan pasangan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang lebih agresif dan tangkas sepanjang 42 minit permainan berlangsung.

Hoki-Kobayashi yang berada di ranking ke-16 dunia mencatat kemenangan 21-15, 21-14 sekali gus menghadiahkan mata pertama kepada Jepun sebelum giliran perseorangan wanitanya Akane Yamaguchi meletakkan pasukannya selesa mendahului 2-0.

Berada di ranking kelima dunia, Yamaguchi ternyata berada di kelas tersendiri apabila mudah mengatasi wakil negara di kedudukan ke-53 dunia S Kisona 21-7, 21-5 dalam masa 26 minit.

Meskipun keadaan semakin tegang dan tekanan mula dirasai kem Malaysia selepas dua kekalahan pertama itu, suasana di venue pertandingan tetap riuh dengan sorakan penonton yang hadir memberikan sokongan padu kepada skuad negara.

Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia yang juga kapten pasukan tampil menyekat momentum Jepun apabila menumbangkan pemain No 1 dunia Kento Momota dengan bergaya untuk mengutip mata sulung Malaysia.

Pada aksi penuh mendebarkan itu, Zii Jia yang ketinggalan 7-11 pada satu ketika bangkit mempamerkan persembahan bertenaga untuk mendahului 15-14 dan mengikat kedudukan 20-20 sebelum memastikan dua mata terakhir menjadi miliknya untuk menoktahkan kemenangan 22-20 di set pertama.

Zii Jia semakin berkeyakinan di set kedua apabila mendahului 11-7, namun Momota mempamerkan taring mengikat kedudukan 12-12 sebelum perlawanan menjadi sengit dengan kedua-dua pemain saling berjaya mencuri mata sehingga kedudukan terikat 19-19.

Seakan tanpa sebarang tekanan, Zii Jia mudah mematahkan pukulan Momota untuk mengutip dua mata berturut-turut sekali gus menoktahkan keputusan 21-19 dan beliau meraikan kejayaan bermaknanya itu dengan membuka dan mencampakkan bajunya ke udara.

Bagaimanapun, harapan meraih mata penyamaan tidak berjaya ditunaikan pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang mempamerkan semangat juang tinggi menyaingi kehebatan gandingan  Mayu Matsumoto-Misaki Matsumoto sebelum tumpas 21-19, 21-17 dalam tempoh 55 minit.

Walaupun ditunjukkan jalan keluar, skuad muda negara sebenarnya telah melepasi sasaran mara ke suku akhir yang ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Selepas ini perjuangan Malaysia akan diteruskan pada kempen Piala Thomas dan Piala Uber 2021 yang dijadual berlangsung dari 9 hingga 17 Oktober di Aarhus, Denmark.

Dalam saingan Piala Thomas, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, England dan Kanada sementara Skuad Piala Uber bakal berhadapan China, pasukan tuan rumah, Denmark  dan Kanada dalam Kumpulan D. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar