web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Man United Tersadung Lagi, Chelsea Naik Ke Puncak Liga

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 7:56AM

Werner (kanan) meraikan jaringannya dalam kemenangan 3-1 ke atas Southampton. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Manchester United diikat 1-1 di laman sendiri oleh Everton selepas Cristiano Ronaldo direhatkan manakala Chelsea pula menjaringkan dua gol lewat menentang Southampon untuk naik ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Keputusan seri di Old Trafford itu meneruskan urutan keputusan di laman sendiri yang buruk termasuk kekalahan kepada West Ham dalam Piala Liga dan kekalahan kepada Aston Villa minggu lepas.

Ronaldo telah membuat lima jaringan dalam enam perlawanan dalam semua pertandingan sejak menyertai kembali kelab itu tetapi Ole Gunnar Solskjaer berkata dia tidak menyesali keputusan untuk merehatkan pemain berusia 36 tahun itu.

“Sepanjang musim ini kita harus mengurus jumlah perlawanan yang mereka mainkan.

“Keputusan hari ini adalah tepat bagi saya.

“Kami bermula dengan lebih baik musim lepas, tetapi ini masih bukan apa yang kami mahukan,” kata Solskjaer.

Anthony Martial membuka jaringan di lewat babak pertama selepas menerima umpanan Bruno Fernandes.

Tetapi di pertengahan babak kedua Andros Townsend menyudahkan gerakan serangan balas untuk menyamakan kedudukan.

Everton mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan tetapi gol Yerry Mina dibatalkan oleh VAR kerana offside.

Chelsea pula menamatkan minggu yang sengsara mereka dengan kemenangan dengan Timo Werner dan Ben Chilwell menjaringkan dua gol lewat menumpaskan Southampton 3-1.

Pasukan kendalian Thomas Tuchel ini dikalahkan oleh Manchester City minggu lalu dan tumpas di tangan Juventus dalam Liga Juara-Juara Eropah tengah minggu lalu.

Mereka kembali menemui rentak kemenangan, dibantu oleh pemain Southampton James Ward-Prowse yang dilayangkan kad merah.

Trevoh Chalobah membuka jaringan untuk Chelsea tetapi Ward-Prowse menyamakan kedudukan dari titik penalti pada minit ke-60.

Beliau kemudian diarahkan keluar padang pada minit ke-77 kerana bentesan keras ke atas Jorginho.

Tiga mata dari kemenangan itu membawa Chelsea ke puncak liga dengan 16 mata, dua di hadapan Liverpool, United, Everton dan Brighton. - AFP

Keputusan lain:

Wolves 2 Newcastle 1

Burnley 0 Norwich 0

Leeds 1 Watford 0

Brighton 0 Arsenal 0

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

4

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad