web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


West Ham Tambahkan Kesengsaraan Tottenham, City Terus Unggul

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 12:24PM

Lingard (kiri) meraikan jaringannya menentang Tottenham. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON – Mancester City kekal menerajui persada Liga Perdana Inggeris dengan 10 mata selepas gol sulung Raheem Sterling berjaya menundukkan Arsenal 1-0 awal pagi tadi, manakala Tottenham menerima satu lagi tamparan selepas dikalahkan oleh West Ham.

Kemenangan ke-18 berturut-turut City dalam semua pertandingan memastikan pasukan itu melangkah lebih dekat untuk merangkul kejuaraan liga ketiga mereka dalam empat tahun, walaupun persembahan sedikit hambar.

Sterling menanduk bola ke dalam gawang Arsenal dari umpanan Riyad Mahrez untuk memastikan tiga mata buat City.

“Ada yang merasakan perkara ini tampak senang. Tapi sebenarnya ia sangat sukar.

“Saya tak menjangkakan kami beraksi dengan konsisten seperti ini. Menang 1-0 dalam tempoh yang sukar ini adalah apa yang kami perlukan,” kata pengurus City Pep Guardiola.

Arsenal kekal di tangga ke-10 dengan peluang terbaik untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah adalah dengan memenangi Liga Europa.

Tottenham hanya berbeza dua mata dengan seteru dari utara London dan berada di kedudukan kesembilan, berbeza sembilan mata dengan posisi empat teratas selepas kekalahan kelima  dalam enam perlawanan liga.

Michail Antonio membuka jaringan untuk West Ham, kemudian pemain pinjaman dari Manchester United, Jesse Lingard melengkapkan gol buat The Hammers.

Lucas Moura menanduk gol sulung Tottenham.

“Keputusan ini adalah akibat daripada beberapa situasi. Cara saya melatih adalah antara terbaik di dunia.

“Potensi kami lebih tinggi daripada persembahan ini dan ia sangat mengecewakan,” kata pengurus Tottenham, Jose Mourinho.

Kemenangan ini memperkasakan usaha West Ham untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah selepas melonjak naik ke tempat ke empat, dua mata di depan Chelsea.

“Kami sedang menikmati saat ini, tapi kami tidak akan leka.

“Kami akan tenang dan terus mencabar pasukan-pasukan di atas,” kata pengurus The Hammers David Moyes, yang menang ke atas Mourinho buat kali pertama dalam 16 percubaan.

Manchester United unggul di tempat sendiri selepas mengalahkan Newcastle 3-1 dan Leicester pula menang 2-1 ke atas Aston Villa di tempat lawan. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Van Bronckhorst Ramal Manchester City Kembali Ungguli Liga Perdana Inggeris 

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

4

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad