Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Durian Runtuh Untuk Pemenang Pingat Badminton Olimpik, Paralimpik

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 6:08PM

Mohamad Norza (tengah) beramah mesra dengan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pada Majlis Penyampaian Insentif BAM di Akademi Badminton Malaysia hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik hari ini menerima durian runtuh atas kemenangan pingat gangsa mereka di Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini berjumlah RM180,000.

Pasangan yang buat pertama kalinya beraksi di Sukan Olimpik itu, menerima insentif RM120,000 daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan RM60,000 lagi daripada 100Plus dalam satu majlis diadakan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, di sini.

Barisan kejurulatihan beregu lelaki yang diketuai Flandy Limpele, juga menerima RM30,000 daripada BAM atas kejayaan tersebut.

Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria juga mengumumkan pemenang pingat emas badminton Paralimpik yang pertama Cheah Liek Hou, yang kini dalam kuarantin selepas pulang daripada Tokyo pada Isnin, juga akan menerima insentif RM200,000, manakala jurulatihnya Datuk Rashid Sidek akan menerima RM50,000.

Aaron-Wooi Yik menang gangsa selepas menewaskan pasangan pilihan kedua dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan, 17-21, 21-17 dan 21-14, dalam perlawanan penentuan tempat ketiga di Musashino Forest Sports Plaza, pada 31 Julai.

Sementara Liek Hou pula menjadi pemenang pingat emas Paralimpik pertama bagi acara badminton, selepas ia buat pertama kalinya dipertandingkan di Paralimpik Tokyo, dengan menewaskan pemain No 1 dunia Dheva Anrimushti dari Indonesia, 21-17, 21-15 pada perlawanan akhir perseorangan lelaki SU5 di Yoyogi National Stadium pada 4 September.

“BAM mengiktiraf kerja keras, komitmen dan pengorbanan pasukan, pemain-pemain ini meninggalkan semua untuk ke gelanggang, dan berjuang demi kebanggaan dan kejayaan Jalur Gemilang. Aaron-Wooi Yik kini merupakan pemenang pingat Olimpik keenam dalam badminton.

“Sebelum ini, pemain akan berada dipuncak pada usia 26-27 tahun, namun kini kita mempunyai pemenang pingat Olimppik pada usia muda iaitu 24. Jadi kita akan mengekalkan pasukan ‘senior’ yang lebih muda dan pada masa yang sama telah ada satu pasukan elit daripada ‘junior’ yang akan bertanding dengan ‘senior’ dan pemain bebas dalam satu kejohanan yang sama,” kata Mohd Norza.

Sementara itu Mohd Norza berkata, BAM kini sedang melihat kemungkinan mengkaji semula gaji dan bonus kepada pemain dan jurulatih mengikut suku tahunan, berdasarkan kepada prestasi dan kedudukan ranking dunia.

“Sebagai contoh, saya melihat kepada peningkatan 100 peratus pada gaji pemain dan bonus mereka, jika mereka berada dalam kedudukan 10 pemain terbaik. Sebagai contoh, jika mereka menerima RM15,000 sekarang, dan jika mereka menduduki ranking kedua dunia, mereka akan menerima RM30,000 sebulan.

“Tetapi kita juga perlu mengekalkan ‘status quo’ untuk sebahagiannya. Kerana kita hanya mahu memastikan semua pemain kita berusaha sepenuhnya untuk menduduki 10 terbaik, secara amnya ia juga meliputi kemudahan mereka, tiket penerbangan kelas perniagaan dan perkara-perkara seperti itu,” katanya.

“Di pusat kecemerlangan ini, kami mengamalkan budaya baharu, iaitu kami akan memberikan ganjaran atas prestasi dan menjaga mereka, termasuk kebajikan.

“Pemain muda menunjukkan tekad dan mendapat inspirasi daripada kejayaan Aaron-Wooi Yik untuk melakukan dengan lebih baik lagi,” katanya.

Mohamad Norza juga mendedahkan dalam mesyuarat bersama pemain dan jurulatih, yang beliau berjanji akan memberikan insentif RM1 juta untuk setiap seorang, sama ada perseorangan ataupun acara beregu, jika mereka berjaya memenangi pingat emas Olimpik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Tuah Tahun Naga, Liek Hou Juara Dunia Kali Kali Kelapan

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Mohamad Norza Kekal Presiden BAM

4

Sukan 5 bulan yang lalu

APG 2022: Liek Hou Gagal Tebus Kecewa, Terpaksa Puas Hati Raih Perak

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

Semasa 14 jam yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Semasa 6 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran