web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Sayonara' Tokyo, Paralimpik Menutup Tirai

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 7:45AM

Obor Sukan Paralimpik Tokyo dipadamkan menandakan berakhirnya sukan berkenaan malam tadi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Selepas 12 hari menyaksikan pertandingan yang penuh dengan drama dan keterujaan, dipaparkan menerusi kesungguhan serta ketabahan sekumpulan atlet luar biasa, Sukan Paralimpik Tokyo melabuhkan tirainya dengan acara penutupan yang memukau perhatian malam tadi.

Pihak tuan rumah tidak menghampakan pada majlis penutupan dan berjaya menceriakan malam tadi dengan persembahan cahaya dan tarian serta persembahan muzik yang mempersona dan menghiburkan biarpun acara berlangsung dalam stadium yang hampir kosong berikutan pandemik COVID-19. 

Acara yang berlangsung di bawah konsep “Kakofoni Harmoni dan Bergerak Kehadapan”, persembahan yang mengetengahkan idea “Tokyo, Sebuah Bandar Raya Dimana Perbezaan Menyinar” bermula dengan lancar apabila sekumpulan orang kurang upaya mempersembahkan kemahiran mereka di dalam muzik sebelum cahaya bunga api bergemerlapan di atas stadium.   

Selepas bendera negara-negara peserta tiba di stadium, sebuah bandar raya mini Tokyo “menjelma” di tengah-tengah stadium menonjolkan Jambatan Pelangi dan menara Tokyo Skytree yang terkenal selain daripada kemunculan istimewa maskot rasmi Sukan Paralimpik Tokyo, Someity yang ditemani maskot rasmi Sukan Olimpik Tokyo, Miraitowa yang merupakan sebahagian daripada segmen tarian pendarfluor, malam ini.

Selain daripada meraikan atlet-atlet, acara itu juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada sukarelawan yang berkhidmat tanpa mengenal penat bagi memastikan temasya sukan ini berjalan lancar dan mereka menerima hadiah istimewa daripada atlet renang paralimpik Daniel de faria Dias dari Brazil dan atlet popular dari Iran, Zahra Nemati.

Selepas persembahan yang menghiburkan, Gabenor Tokyo  Koike Yuriko menyerahkan bendera Paralimpik kepada Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Andrew Parsons yang kemudian menyerahkannya kepada Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo.

Kemudian peserta-peserta dihidangkan dengan tarian tangan yang menarik dalam satu tayangan video yang turut mengetengahkan beberapa penari berkerusi roda sebelum sambutan itu bersambung di Paris, yang akan menjadi tuan rumah Sukan Paralimpik Musim Panas 2024 buat kali pertama dalam sejarahnya.  

Majlis penutupan pada malam ini turut mempromosikan “WeThe15”, pergerakan hak asasi manusia terbesar dalam sukan para untuk menamatkan diskriminasi dan menyasarkan untuk mentransformasikan kehidupan 1.2 bilion orang kurang upaya yang merupakan 15 peratus daripada penduduk dunia.   

Dalam ucapannya, Parsons berkata perjalanan atlet-atlet tidak boleh berhenti di sini kerana beliau  percaya ini adalah peluang yang membuka suatu masa hadapan yang cerah dan inklusif buat mereka.

Nyalaan api di kawah kejohanan kemudian dipadamkan tepat pukul 10 malam waktu tempatan menandakan berakhirnya Sukan Paralimpik Tokyo.

Terdahulu, pemain badminton negara Cheah Liek Hou yang mencipta sejarah selaku juara Paralimpik pertama dalam perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) selepas badminton dipertandingkan buat julung kalinya di sini, diberikan penghormatan untuk mengarak Jalur Gemilang ke dalam stadium dalam segmen bendera negara peserta.   

Malaysia mengakhiri kempen Paralimpik yang paling berjaya setakat ini di kedudukan ke-39 dengan tiga emas dan dua perak, mengatasi pencapaian tiga emas dan satu gangsa di Rio 2016. 

Selain Liek Hou, dua lagi emas Malaysia disumbangkan Bonnie Bunyau Gustin menerusi acara powerlifting 72 kilogram lelaki dan Abdul Latif Romly  melalui lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual), yang juga mempertahankan emas yang diperolehnya di Rio 2016.

Perak diperoleh seorang lagi atlet powerlifting Jong Yee Khie dalam acara 107kg lelaki dan Chew Wei Lun menerusi boccia. 

China mengekalkan dominasinya dalam Sukan Paralimpik dan muncul sebagai juara keseluruhan sekali lagi dengan 96 emas, 60 perak dan 51 gangsa sementara pasukan tuan rumah di tangga ke-11 dengan pungutan 13 emas, 15 perak dan 23 gangsa. 

Perenang Ukraine, Maksym Krypak yang bertanding dalam Kategory S10 (kecacatan fizikal) berada di dalam kelas tersendiri selepas muncul sebagai atlet paling cemerlang di Tokyo dengan meraih tujuh pingat termasuk lima emas.

Terima kasih Tokyo, jumpa lagi di Paris 2024. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar