web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liek Hou Hadiahkan Emas Pada Malaysia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 4:36PM

Cheah Liek Hou menewaskan pemain dari Indonesia, Anrimusthi Dheva untuk meraih emas pada Sukan Paralimpik Tokyo, hari ini. - Gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Satu hari yang penuh bersejarah buat sukan badminton Malaysia.

Juara dunia enam kali, Cheah Liek Hou menjadi pemenang pingat emas badminton yang pertama Sukan Paralimpik, selepas beliau menewaskan musuh utamanya Anrimusthi Dheva dari Indonesia pada perlawanan akhir perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) hari ini.

Badminton buat pertama kalinya dipertandingkan pada Sukan Paralimpik di Tokyo.

Pemain nombor dua dunia itu menewaskan Dheva pemain pilihan pertama Paralimpik 21-17, 21-15 pada hari keempat acara badminton yang berlangsung di Yoyogi National Stadium.

Pada set pertama, kesilapan yang dilakukan pemain nombor satu dunia itu membolehkan Liek Hou mendahului 5-0, sebelum pemain indonesia itu mengejar hingga ke kedudukan 8-5.

Selepas mendahului dengan selesa 11-5 sebelum rehat antara perlawanan, Liek Hou tidak dapat menggunakan kelebihan enam mata yang beliau miliki sehingga membenarkan Dheva menyamakan kedudukan 15-15, sebelum pemain kebangsaan itu berjaya memperbaiki kedudukan dengan menghasilkan pukulan smash yang kuat bagi mendapatkan mata akhir dan menang set pertama, 21-17.

Set kedua memperlihatkan perlawanan sengit dengan kedua-dua pemain berkedudukan rapat sebelum Liek Hou berjaya mendahulu 11-10 sebelum rehat antara perlawanan.

Selepas itu Liek Hou tidak lagi menoleh kebelakang dan terus menunjukkan permainan yang terbaik bagi menyerap serangan Dheva sebelum memastikan pingat emas miliknya dengan memenangi set kedua, 21-15.

Sebaik memang, Liek Hou kemudiannya merebahkan dirinya di atas gelanggang untuk seketika dan kemudiannya menerpa ke arah jurulatihnya Datuk Rashid Sidek bagi meraikan kejayaan cemerlangnya di Paralimpik itu.

Kemenangan hari ini juga membolehkan Liek Hou mengekalkan rekodnya lima perlawanan tanpa kalah di Sukan Paralimpik, termasuk tiga kemenangan pada peringkat Kumpulan B. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad