web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Damok Ke Kejuaraan Dunia Moto3 Bersama PETRONAS Sprinta Racing

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 10:16PM

Syarifuddin menjuarai perlumbaan saingan CEV Moto3 Remaja Dunia FIM di Barcelona. - Gambar ihsan SIC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bintang sukan perlumbaan motosikal negara Syarifuddin Azman diberi kepercayaan oleh pasukan PETRONAS Sprinta Racing untuk berlumba di GP Aragon dalam Kejuaraan Dunia Moto3.

Juga dikenali sebagai Damok, nama anak muda itu meniti bibir peminat sukan pemotoran dua roda negara apabila menjuarai perlumbaan saingan CEV Moto3 Remaja Dunia FIM di litar Barcelona-Catalunya Jun lalu.

Kejayaan itu telah menyebabkan ramai menyebut-nyebut Syarifuddin sebagai pelumba seterusnya dari Malaysia yang akan beraksi di kejuaraan dunia itu.

Peluang itu kini hadir selepas PETRONAS Sepang Racing Team (SRT) mengumumkan pertukaran kepada barisan pelumba mereka hari ini.

Pelumba Moto2 Jake Dixon, dari Britain, akan terus menunggang jentera MotoGP selepas menunjukkan aksi memberangsangkan di hadapan peminat sendiri di GP Britain minggu lepas.

Tempatnya di pasukan Moto2 akan diganti oleh John McPhee yang meninggalkan jentera Moto3nya kepada Syarifuddin.

“Saya gembira dan teruja kerana dapat berlumba di Kejuaraan Dunia Moto3. 

“Saya berterima kasih kepada PETRONAS Sepang Racing Team kerana memberi saya peluang ini,” katanya.

Ketua pasukan PETRONAS SRT Datuk Razlan Razali berkata, ini adalah peluang yang baik bagi Syarifuddin untuk menimba pengalaman berlumba bersama pesaing terbaik di dunia.

“Syarifuddin menang satu perlumbaan di Bercelona dalam kejohanan FIM CEV dan kami teruja untuk melihat persembahan beliau dalam Kejohanan Dunia Moto3,” katanya. 

Perlumbaan GP Aragon akan berlangsung daripada 10 hingga 12 September. - Getaran, 2 September 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Damok Guna Pengalaman MotoGP 'Gegar' ARRC 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar