web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaringan Sendiri Bantu Sri Pahang FC Ikat KDA FC Di Kuantan

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Sep 2021 7:45AM

Pemain Sri Pahang FC Mohd Faisal Mohd Rosli (kanan) menghalang pemain Kedah Mohd Fayadh Mohd Zulkifli Amin pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sri Pahang FC menamatkan rekod empat kemenangan Liga Super berturut-turut Kedah Darul Aman (KDA) FC, selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.

Pemain pertahanan KDA FC Mohd Loqman Hakim Marzuki menanduk masuk bola ke gawang sendiri pada minit ke-87, sekali gus memusnahkan harapan pasukan membawa pulang tiga mata berharga untuk berada di kedudukan selesa, dalam perebutan gelaran naib juara liga.

KDA FC yang mengumpul 39 mata selepas 19 perlawanan kini berada di kedudukan kedua dengan kelebihan dua mata di hadapan Terengganu FC (TFC), yang mengumpul 37 mata selepas mengharungi 20 perlawanan.

Pada aksi tersebut, Amirul Hisyam Awang Kechik meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-12, menerusi rembatan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Muhammad Daniel Wafiuddin Sa’dun, namun penyerang import Kenjok Wal Athiu menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-29.

Bekas pemain tengah kebangsaan Mohd Syazwan Zainon kembali meletakkan KDA FC di depan pada minit ke-67 dan pada ketika seakan kemenangan berpihak pasukan pelawat, Mohd Loqman tertanduk bola ke gawang sendiri, ketika cuba mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya.

Sementara itu, Negeri Sembilan FC terus memberi tekanan kepada pendahulu Sarawak United FC dalam perebutan kejuaraan Liga Premier, selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kuching City FC di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Pada aksi liga yang tertunda itu, Negeri Sembilan FC bermula garang selepas membuka tirai jaringan pada minit kelima, menerusi pemain import Francis Kone sebelum berjaya mengekalkan kedudukan sehingga masa rehat.

Bersambung babak kedua, Michael Ijezie pantas menyamakan kedudukan buat Kuching City FC pada minit ke-47, namun kedudukan itu tidak bertahan lama pertahanan import Negeri Sembilan FC Arthur Cunha, meledak gol kedua pasukan pada minit ke-70 sekali gus mengesahkan kemenangan skuad The Jangs.

Berbaki dua perlawanan perlu ditempuh untuk melengkapkan saingan musim ini, Negeri Sembilan FC kini berada di kedudukan kedua mengumpul 35 mata selepas 18 perlawanan, dua mata dipisahkan dengan Sarawak United FC yang mengumpul 37 mata, dengan memiliki baki tiga aksi liga. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar