web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nur Syaiful Simpan Tenaga Untuk Aksi Akhir 50m Gaya Bebas Lelaki S5

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 11:19AM

Nur Syaiful akan beraksi dalam final pada pukul 6.29 petang waktu Malaysia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perenang kebangsaan, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli acara renang 50 meter (m) menempah slot ke final gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik di sini, hari ini.

Walaupun bermula agak lambat, atlet berusia 26 tahun itu berjaya menampilkan renangan memberangsangkan untuk menamatkan saingan di tempat ketiga pada saringan pertama dengan catatan masa 33.46 saat (s) di Pusat Akuatik Tokyo.

Nur Syaiful berkata beliau ternyata berpuas hati dapat layak ke final dan akan cuba mempamerkan aksi lebih baik dengan sekurang-kurangnya memperbaiki catatan peribadi dalam saingan akhir dijadual berlangsung pada 6.29 petang waktu Malaysia.

“Saya mahu simpan tenaga untuk petang ini, itulah sebab saya agak ketinggalan di peringkat permulaan. Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik,” katanya kepada Bernama.

Perenang Sarawak itu mencatat masa peribadi terbaik 33.20s dalam satu kejohanan di London pada 2019.

Saingan hari ini menyaksikan Nur Syaiful muncul perenang kelima terbaik daripada kedua-dua saringan.

Hanya lapan perenang terbaik daripada dua saringan layak ke final.

Weiyi Yuan dari China yang bertanding dalam saringan kedua muncul perenang terpantas selain memecahkan rekod Paralimpik milik perenang Brazil, Daniel de Faria Dias dengan 32.65s, dilakukan di London 2012, menerusi catatan baharu, 31.30s.

Khamis lepas, Nur Syaiful yang  mengalami kecacatan kedua-dua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan pada usia 17 tahun, berjaya ke peringkat akhir dalam acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5.

Memulakan aksi di lorong pertama, Nur Syaiful menamatkan renangan di tangga ketujuh daripada lapan pelumba.

Beliau mencatat masa 1 minit 15.12 saat, sekali gus memadam catatan peribadi terdahulu iaitu 1:15.39 di London, United Kingdom pada 2019. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Bertemu Diaspora Malaysia Di Tokyo

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad