web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kejayaan Bonnie, Yee Khie Angkat Martabat Komuniti OKU - Fatimah

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 7:58AM

Bonnie (kiri) dan Yee Khie telah menyumbangkan dua pingat pertama Malaysia di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kejayaan atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie yang masing-masing meraih pingat emas dan perak dalam temasya Sukan Paralimpik di Tokyo mengangkat martabat dan maruah komuniti  orang kurang upaya (OKU).

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata pencapaian itu juga membuka mata masyarakat tentang keupayaan yang boleh dijelmakan golongan oleh OKU.

“Mereka telah dapat menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Bukan calang-calang atlet dapat sampai ke tahap seperti ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Fatimah berkata kejayaan dua atlet para dari Sarawak itu juga dapat menyuntik semangat dan memotivasikan atlet para Sarawak yang akan bertanding pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor tahun hadapan.

“Diharapkan atlet para Sukma Sarawak dapat mengikut jejak Bonnie dan Jong serta mencapai kejayaan agar Sarawak sekali lagi muncul sebagai juara keseluruhan buat kali ke-14 pada SUKMA nanti,” katanya.

Bonnie yang bertanding bagi kategori lelaki 72 kilogram (kg), mencipta sejarah menjadi atlet pertama merangkul emas buat kontinjen negara pada temasya berprestij itu Sabtu lepas, sementara Yee Khie berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kg hari ini, yang juga merupakan pingat kedua negara setakat ini.

Bagi temasya Sukan Paralimpik di Tokyo kali ini, lima daripada 22 atlet negara yang menggalas cabaran di negara matahari terbit itu adalah dari Sarawak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad