web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Insentif Kerajaan Sarawak Tunggu Kepulangan Bonnie

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 6:59PM

Bonnie Bunyau Gustin - Gambar Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin bakal menerima insentif istimewa kerajaan negeri selepas meraih emas sulung buat Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo, hari ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kejayaan anak Sarawak itu merupakan kebanggaan kepada negara.

"Sebelum atlet paralimpik dari Sarawak berangkat ke Tokyo, mereka telah mengadakan pertemuan secara maya bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dari tempat latihan mereka di Kuala Lumpur.

"Ketua Menteri secara rasmi mengumumkan akan memberikan insentif kepada atlet yang berjaya membawa pulang sebarang pingat, namun tidak menyatakan apakah bentuk ganjaran itu, " katanya hari ini.

Menurut Fatimah, kesemua atlet Sarawak selepas pertemuan bersama Ketua Menteri menjadi begitu bersemangat untuk mencipta kejayaan bermakna di Tokyo.

“Mereka dengan semangat mengatakan mahu mencapai kemenangan untuk Sarawak dan negara tercinta.

“Tentu sekali kita amat gembira dengan kemenangan yang dicapai atlet paralimpik ini," uiarnya. 

Bonnie Bunyau Gustin mengangkat beban seberat 228 kg bagi menghadiahkan emas pertama buat negara pada hari keempat temasya berkenaan diadakan.

Lebih mengagumkan, atlet kelahiran Serian, Sarawak itu turut memecahkan rekod Paralimpik dipegang Rasool Mohsin dari Iraq di Rio 2016 iaitu 227 kg.

Selain Bonnie, atlet Sarawak yang turut mewakili negara pada Sukan Paralimpik Tokyo ialah dua perenang, Jamery Siga dan Nur Syaiful Zulkafli, atlet angkat berat, Jong Yee Khee serta pemanah, Wiro ak Julin.

Jamery dan Nur Syaiful masing-masing bertanding bagi acara 50 meter kuak kupu-kupu dan bebas.

Nur Syaiful juga turut menyertai cabaran bagi acara 100 dan 200 meter gaya bebas serta 100 meter kuak dada, manakala Yee Khee menggalas cabaran bagi kategori 107 kilogram ke bawah.

Wiro pula bersaing dalam acara compound. - Getaran, 28 Ogos 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad