web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KCFC Hadap Selangor Tanpa 4 Tonggak Utama

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 8:48PM

Joseph Kallang Tie dirawat oleh petugas perubatan selepas cedera dan terpaksa menerima 4 jahitan di kepala ketika perlawanan KCFC menentang JDT II , baru-baru ini. - Gambar ihsan KCFC

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kuching City FC (KCFC) akan turun menentang Selangor FC II dalam aksi Liga Perdana 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, petang esok tanpa khidmat empat tonggak utama.

Pemain penyerang, Joseph Kallang Tie tidak dapat beraksi selepas cedera dan menerima empat jahitan di kepala ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II baru-baru ini.

Tiga lagi tonggak yang terpaksa diketepikan ialah pemain pertahanan Mohammad Dzulazlan Ibrahim dan Aylton Alemao serta pemain tengah Rafiezan Razali, masing-masing kerana kecederaan dan digantung perlawanan selepas dilayangkan dua kad kuning.

Ketua Jurulatih KCFC, Irfan Bakti Abu Salim berharap pemain yang diberi tanggungjawab menggalas posisi ditinggalkan empat tonggak utama itu dapat mempamerkan aksi terbaik masing-masing.

"Ya, ketiadaan empat tonggak ini sememangnya memberi kesan kepada pasukan untuk mengharungi saingan pemain muda pasukan Selangor FC ll.

"Kita tiada pilihan melainkan berharap pemain simpanan yang bakal diturunkan mengisi kekosongan dapat memberi aksi terbaik dalam perlawanan esok," katanya kepada Getaran hari ini.

Irfan berkata, hanya kemenangan dapat memperbaiki kedudukan KCFC yang kini berada di tangga kesembilan dalam saingan Liga Perdana.

Ditanya mengenai pasukan Selangor FC ll, beliau berkata, KCFC tidak akan sekali-kali memandang rendah kemampuan pasukan itu walaupun dibarisi pemain muda.

"Dalam permainan bola sepak tiada yang mustahil di sepanjang 90 minit perlawanan.

"Oleh itu, pemain KCFC harus memberi fokus sepanjang masa permainan untuk memenangi perlawanan," ujarnya. - Getaran, 27 Ogos 2021



 

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Sukan 3 minggu yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar