web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Disiplin Kunci Kejayaan Watson Nyambek

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 11:05AM

Disiplin menjadi pegangan anak kelahiran Sarawak, Watson Nyambek, bekas raja pecut negara atau lebih dikenali dengan jolokan The Flying Dayak. - Gambar Ihsan The Flying Dayak

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Disiplin adalah asas utama kepada kejayaan seseorang, dalam apa sahaja bidang diceburi.

Prinsip itulah yang menjadi pegangan anak kelahiran Sarawak, Watson Nyambek, sehingga berjaya menobatkan diri sebagai raja pecut negara satu ketika dahulu.

Kini berusia 45 tahun, The Flying Dayak itu tidak lagi bergelar seorang atlet, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada kerjaya sebagai jurulatih bersama Majlis Sukan Negeri Sarawak sejak 2006.

Ketika ditemui Getaran di sini, anak kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu mengakui, beliau sememangnya diasuh dengan disiplin yang ketat sejak kecil.

"Saya mula berjinak dalam acara larian sejak sekolah rendah lagi, dan terlibat dengan lebih serius ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) St Columbia, Miri, sekitar tahun 1993 dan 1994.

"Setiap hari seawal jam 4.30 pagi, saya sudah mula bangun untuk berjoging di sekitar Tanjung Lobang selama sejam, sebelum bersiap untuk ke sekolah pada jam 6 pagi, manakala rutin di waktu petang bermula pada jam 2 hingga 7,” katanya.

Watson Nyambek
Watson Nyambek

Bapa tiga anak itu berkata, tiga kriteria utama perlu diberi perhatian oleh seorang pelari pecut iaitu kekuatan, tenaga dan kelajuan.

“Kenangan manis tentulah kejayaan memecah rekod kebangsaan 10.49 saat berusia 29 tahun yang dipegang Datuk Dr M. Jegathesan, ketika menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Taiwan pada 1998, apabila mencatatkan masa 10.46 saat.

"Satu lagi ialah ketika merekodkan masa terbaik 10.32 saat di Sukan Asia Bangkok,” katanya, tersenyum.

Menganggap Azmi Ibrahim sebagai saingan utama, Watson turut menyifatkan dirinya bertuah apabila berpeluang beraksi di dua temasya Olimpik, iaitu di Atlanta pada 1996 dan Sydney pada 2000.

“Walaupun gagal menyaingi jaguh pecut dunia seperti Carl Lewis dan Ben Johnson, saya tetap bangga kerana berjaya memperbaiki masa terbaik peribadi dalam acara itu,” katanya.

Ditanya mengenai perkembangan terkini atlet negeri, beliau memberitahu, lapan atlet muda berusia 14 hingga 17 tahun sedang diberi bimbingan dalam acara 100 dan 200 meter di Miri.

“Pandemik COVID-19 sedikit sebanyak menjejaskan latihan dan semua atlet hanya menjalani latihan di rumah masing-masing dengan dipantau menggunakan rakaman video," katanya.

Antara atlet muda Sarawak yang menyinar di bawah latihan dikendalikan Watson ialah Ambrose Gelom dan Johnathan Nyipa. -Getaran, 27 Ogos 2021.
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar