web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Kemerdekaan Ziyad Di Paralimpik Tokyo

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 12:00PM

Ziyad akan turun beraksi pada tanggal 31 Ogos. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Jaguh olahraga para kebangsaan, Muhammad Ziyad Zolkefli mempunyai misi istimewa untuk dilunaskan buat negara tercinta Sukan Paralimpik Tokyo kali ini.

Selain mempertahankan pingat dimenanginya di Rio 2016, Muhammad Ziyad yang bersaing dalam acara lontar peluru T20 (masalah pembelajaran) menyatakan hasrat tidak mahu mensia-siakan peluang beraksi di Stadium Olimpik pada tanggal 31 Ogos ini.

Muhammad Ziyad menyifatkan penampilan ketiganya pada Sukan Paralimpik akan menjadi lebih bermakna, sekiranya dapat menambah koleksi emas buat negara pada tarikh bersejarah itu, yang secara kebetulan merupakan sambutan Hari Kebangsaan ke-64, di Malaysia.

“Saya akan cuba buat sebaik mungkin dalam Paralimpik Tokyo dan sudah semestinya saya berasa bangga, sekiranya dapat meraih emas pada 31 Ogos ini,” katanya kepada Bernama.

Atlet berumur 31 tahun itu mencipta sensasi di Rio 2016, apabila memecahkan rekod baharu dunia dan Paralimpik dengan jarak 16.84 meter (m) untuk merangkul emas, sekali gus memadam rekod milik atlet Australia Todd Hodgetts.

Tidak cukup dengan itu, beliau terus unggul dalam acara disertainya apabila memperbaharui rekod dunia yang dilakukannya sebelum ini, dengan lontaran sejauh 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London 2017.

Sementara itu, Muhammad Ziyad memaklumkan persiapannya ketika ini berjalan lancar, walaupun terpaksa menjalani latihan di bawah konsep gelembung sukan sejak tahun lepas, susulan pandemik COVID-19.

Muhammad Ziyad tidak keseorangan dalam kempennya di Tokyo, apabila turut disertai dua pemenang emas Rio 2016 Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi bagi acara 100m T36 (celebral palsy) dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran).

Bukan itu sahaja, dua lagi atlet yang melengkapkan cabaran negara bagi sukan olahraga para ialah Siti Nooriasah Mohamad Ariffin dalam acara 400m wanita T20 (masalah pembelajaran) dan Wong Kar Gee untuk lompat jauh T13 (masalah penglihatan).

Bagi edisi kali ini, seramai 22 atlet akan menyahut cabaran mengibar Jalur Gemilang dalam sembilan jenis sukan disertai kontinjen negara, pada temasya berprestij di Jepun itu.

Sukan Paralimpik Tokyo akan dibuka secara rasmi malam ini dan berakhir pada 5 September.

Berikut adalah profil Muhammad Ziyad:

Nama penuh: Muhammad Ziyad Zolkefli

Umur: 31 tahun

Tarikh lahir: 15 Mac 1990

Tempat lahir: Kuantan, Pahang

Hobi: Menonton wayang

Pencapaian terbaik: Emas Sukan Paralimpik Rio 2016, gangsa Sukan Paralimpik. London 2012, juara dunia 2013 dan 2017, emas Sukan Para Asia 2018 - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar