web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


YouTuber Singapura Didakwa Melakukan Kesalahan Seks

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 2:47PM

Dee Kosh berdepan dengan tujuh tuduhan ketika dia muncul di mahkamah semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang bintang YouTube Singapura telah didakwa semalam dengan menawarkan remaja lelaki wang untuk khidmat seks, selepas berdepan dengan tuduhan salah laku dalam media sosial.

Dee Kosh menempa populariti dengan rancangannya, di mana beliau berbual dengan kamera ataupun dengan rakan-rakannya, dia juga seorang DJ radio terkenal di sebuah stesen radio tempatan.

Tetapi pada tahun lepas pengguna media sosial menuduh lelaki yang berusia 32 tahun itu dengan dakwaan dia meminta mereka melakukan perkara seks kepadanya dan meminta gambar bogel.

Beberapa orang penuduhnya juga menunjukkan tangkap layar sebagai bukti.

YouTuber itu, nama sebenar Darryl Ian Koshy, berdepan dengan tujuh tuduhan ketika dia muncul di mahkamah semalam, lapor media tempatan.

Dia didakwa menawarkan remaja lelaki yang berusia dari 15 hingga 17 tahun wang untuk khidmat seks.

Beliau juga dituduh membuat rakaman filem lucah dan mempunyai filem lucah.

Koshy, yang mempunyai 367,000 pengikut di YouTube, berdepan dengan hukuman penjara yang panjang jika disabitkan kesalahan.

Polis berkata mereka membuka siasatan selepas menerima laporan yang seorang lelaki menawarkan wang untuk khidmat seks.

Polis menambah mereka “bersikap tegas terhadap jenayah seksual, terutama sekali yang menyasarkan golongan di bawah umur”.

Koshy “direhatkan” dari stesen radio tempat dia bekerja bila siasatan polis dimulakan.

Dalam satu kenyataan yang dinaikan di akaun Instagramnya tahun lepas, Koshy menafikan beberapa dakwaan tetapi mengakui terdapat kebenaran tuduhan tersebut.

Dia mengaku yang perbualannya melalui sistem pesanan ringkas bersama seorang remaja berusia 15 tahun “bermasalah” dan “tidak sesuai” tetapi berkata yang dia tiada niat untuk mengantun kanak-kanak di bawah umur itu. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

2

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

4

Semasa 4 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad