web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Sambut Hari Kebangsaan Ke-56 Secara Sederhana

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 2:57PM

Helikopter Chinook mengiringi helikopter Apache membawa bendera Singapura sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-56, hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA meraikan Hari Kebangsaan ke-56 dengan mengadakan perbarisan di Pentas Terapung @ Marina Bay hari ini dengan kira-kira 600 peserta dari Angkatan Tentera Singapura (SAF) mengambil bahagian.

Sambutan itu disertai secara maya oleh 200 peserta lain dari kumpulan belia dan pertubuhan sosial secara maya.

Ini termasuk anggota kumpulan seragam dari sembilan sekolah menengah, serta 12 badan sosial dan ekonomi, seperti Singapore Airlines dan Families for Life.

Jumlah itu dikurangkan susulan beberapa langkah keselamatan yang diambil di tengah-tengah usaha memerangi COVID-19, lapor Berita Mediacorp.

Sementara bagi Perbarisan Istiadat, iaitu upcara ikonik sambutan Hari Kebangsaan, sebuah montaj video peserta perbarisan membuka tirai acara.

Komander perbarisan Leftenan-Kolonel (LTC) Tang Wee Goh kemudian memimpin empat kontinjen Pengawal Kehormatan ke landasan.

Anggota setiap kontinjen, berdiri dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain, memakai pelitup putih dan berpakaian seragam.

Menyusuli ketibaan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kumpulan pancaragam gabungan kemudian memainkan lagu tema Hari Kebangsaan tahun ini, "The Road Ahead".

Sebuah helikopter Chinook terbang membelah latar langit bandar dengan mengibarkan bendera Singapura, sementara dua helikopter Apache mengekorinya - salah satu acara yang begitu sinonim dengan sambutan Hari Kebangsaan Singapura.

Mereka di rumah juga berpeluang melihat helikopter-helikopter itu terbang lalu di bahagian timur dan barat negara itu.

Jet-jet pejuang kegemaran ramai kemudian muncul, mengaum di kawasan Marina Bay dalam formasi delta dengan kelajuan lebih 600 kilometer sejam, sebelum menuju ke kawasan tengah.

Perbarisan pagi tadi akan dilengkapi dengan konsert pada sebelah malam, yang dianjurkan bersama oleh Taman di Pesisiran dan Mediacorp pada pukul 8.00 malam. Ia boleh ditonton di televisyen atau saluran-saluran online.

Perbarisan Hari Kebangsaan akan berlangsung pada 21 Ogos, selepas Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) dijadual tamat. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad