web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kelate' Muncul Dengan Pendekatan Baharu, Di Tapak Baharu Beo Cresent Mart

Makanan Kelantan di Singapura? Mengapa tidak. Kini di lokasi baru, penggemar laksam dan mi celup gerai makanan 'Kelate' kini boleh membuat pesanan di dalam talian sahaja. Mudah!

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 8:47AM

Semua gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemilik gerai makanan ‘Kelate’ merancang beberapa strategi bagi menarik pelanggan bersesuaian langkah ketat yang diperkenalkan di bawah Fasa 2 (Amaran Tahap Tinggi) di Singapura ketika ini bagi mengekang penularan COVID-19

Sehingga 18 Ogos, menjamu selera di kedai makanan dan minuman (F&B) tidak dibenarkan dan jumlah orang dalam perhimpunan sosial dihadkan semula kepada dua. 

Semua perniagaan F&B, termasuk pusat penjaja dan pusat makanan, hanya boleh menawarkan khidmat penghantaran serta pembungkusan dan dibawa pulang.

“Kami mungkin akan memperkenalkan set hidangan keluarga. Pastinya harga set ini lebih rendah dan dapat dinikmati seisi keluarga,” kata Sasqia Dahuri kepada Bernama ketika ditemui di lokasi baharu gerai ‘Kelate’ di Block 38A, Beo Crescent Market di sini.

Menurut pelakon Malaysia ini pelanggan juga kini boleh membuat pesanan bukan sahaja di platform media sosial tetapi menerusi laman web https://kelatesg.com/.

Sasqia menjelaskan gerai ‘Kelate’ yang sebelum ini terletak di Toa Payoh sudah berpindah sejak pertengahan Julai lalu dan berharap pelanggan akan dapat berkunjung ke lokasi baharu.

“Ia agak strategik dan berdekatan dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Jervois Rd sini. Ia juga agak luas dan memudahkan untuk pelanggan beratur.

“Gerai ‘Kelate’ juga berjiran dengan dua kedai milik rakyat Singapura yang menyediakan makanan dan minuman halal,” kata siswazah Universiti Multimedia Malaysia ini.

‘Kelate’ sebelum ini bukan sahaja mendapat sambutan warga senegara yang terkandas di Singapura malah turut digemari penduduk tempatan.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini juga berhasrat untuk membuka gerainya selepas waktu bekerja sebaik langkah fasa seterusnya membenarkan semula ‘dining-in’.

Pelakon tinggi lampai ini mengusahakan gerai 'Kelate’ ini sejak Februari lalu dengan menawarkan nasi kerabu kuning yang popular di Kampong Salor, Kelantan serta laksam, mi celup dan colek malah.

Pemilik nama asal Nurlisasqia Ahmad Dahuri berkata ‘Kelate’ juga sudah mempunyai 'central kitchen' atau dapur berpusat bagi memenuhi permintaan yang meningkat bagi masakan tradisi negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Sasqia, 35, yang berkahwin dengan rakyat tempatan Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan pada 2018 telah berada di Singapura sejak penutupan sempadan pada Mac tahun lalu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 4 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad