web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Singapura Dan Radio Berpisah Tiada

Menurut sebuah kajian oleh Nielsen, mendengar radio adalah sebahagian daripada rutin harian rakyat Singapura. Ia medium yang masih digemari ramai walaupun yang muda sudah berpindah ke platform penstriman.

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 4:52PM

Gambar: GettyImages

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun radio sudah tidak popular di banyak negara tetapi nampaknya ia masih digemari di Singapura. Kebanyakan penduduknya masih menyukai medium ini walaupun anak muda di sana kebanyakannya sudah beralih kepada platform penstriman seperti Spotify dan YouTube. 

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Nielsen, mendengar radio sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Singapura. 

70% rakyat singapura yang berumur 15 tahun ke atas mendengar radio sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk hiburan, berita atau sekadar rutin. Trend ini lebih jelas kelihatan dalam kalangan pendengar Baby Boomers dan Generasi X.

Hampir 80% responden Generasi X (lahir antara 1960-1980) menggunakan radio berbanding cuma 67% Baby Boomers. Tetapi generasi lebih tua menghabiskan lebih banyak waktu mendengar radio. 

Rakyat Singapura yang berumur 55 tahun ke atas menghabiskan sebanyak 142 minit setiap minggu mendengar radio, berbanding 123 minit untuk mereka berumur antara 40-54 tahun. Pendengar Generasi Z cuma menghabiskan masa 50 minit seminggu mendengar radio.

 

Radio dan Belia

Majoriti rakyat Singapura lebih menyukai radio FM tradisional tetapi semakin ramai pendengar radio beralih arah ke digital.

Kajian Nielsen yang sama menunjukkan suku respondennya menggunakan aplikasi mudah alih untuk mendengar stesen kegemaran mereka, manakala 11% lagi mendengar radio melalui laman web radio tersebut. Tetapi yang mengejutkan adalah trend ini didahului oleh Generasi Milenium (38%) dan Generasi X (41%), bukan anak muda. 

Sebaliknya, Generasi Z lebih menyukai platform-platform penstriman muzik dan ‘sumber-sumber lain yang bukan radio’. 88% responden jatuh dalam kategori ini, berbanding 57% Generasi X dan 23% Baby Boomers. 

“Generasi muda masa hadapan akan menjadi jauh lebih celik teknologi. Persaingan untuk mendapatkan perhatian mereka akan menjadi lebih tinggi kerana terdapat pelbagai jenis pilihan platform serta format audio yang tersedia untuk generasi ini,” tulis Nielsen dalam laporan itu. - DailyupETX

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad