web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kawasaki Z900RS 'Yellow Ball', Gabung Unsur Retro Moden

Z900RS kelihatan seperti model Z1 yang penuh sentuhan klasik namun edisi ‘kuda’ berwarna kuning ini sedikit berbeza

Seni & Hiburan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 5:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama Kawasaki pernah mengeluarkan beberapa model Z900 sebelum ini dan kebanyakannya direka dengan spesifikasi naked bike. 

Kali ini, jenama motosikal ini menampilkan Z900RS edisi Yellow Ball yang menampilkan rekaan menggabungkan unsur retro moden. 

Sekilas pandang ia kelihatan seperti  model Z1 yang penuh sentuhan klasik namun edisi ‘kuda’ berwarna kuning ini sedikit berbeza kerana terdapat penambahbaikan terhadap spesifikasi asal jentera ini. 

Didatangkan dengan harga RM63,800, mari lihat spesifikasi yang ada pada Z900RS Yellow Ball ini. Seperti kebanyakan motosikal Kawasaki, model ini masih menggunakan enjin berkuasa 948 cc. 

Ia mampu menghasilkan prestasi kelajuan 109.5 hp bersamaan 8,500 rpm, manakala daya kilasnya pula 98 Nm @ 6,500 rpm dengan enam transmisi kelajuan pada kotak enjin.

Di bahagian breknya pula, jentera ini dipasangkan dengan dua sistem  terdiri daripada dua angkup empat omboh monobloc Brembo M4 dan rotor (komponen dalaman dinamo) berkembar separa terapung 300 mm.

Model ini juga menggunakan fork hadapan jenis terbalik bersaiz 41 mm dengan larasan pra-muatan dan rebound damping, sementara penyerap hentak belakang (absorbers) menggunakan unit daripada jenama Ohlins.

Z900RS turut dilengkapi ciri khas Kawasaki seperti Kawasaki Traction Control, klac assist slipper serta ciri talaan not ekzos yang pertama kali diperkenalkan. 

Ia membantu tunggangan anda untuk lebih selesa dan sesuai bagi mereka yang gemar menunggang motosikal gaya easy ride.

Dari segi penampilan, Yellow Ball ini  agak ranggi dan tidak kelihatan begitu old school, dengan paras elegan dan moden bermula dari tempat minyak hingga tempat duduk. Di bahagian lampu depan dan pemegang pula kelihatan sedikit retro.

Secara keseluruhan model ini berpotensi besar untuk meraih permintaan tinggi daripada peminat motosikal retro atau moden. 

Penampilannya memukau mata dan ada gaya tersendiri, yang diserlahkan lagi dengan warna kuning terang.

Kepada mereka yang sedang merancang untuk memiliki motosikal klasik moden, apa kata anda lihat dahulu model ini. Pasti berbaloi untuk membelah jalan raya!

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Kawasaki atau di premis yang berdekatan dengan anda. - Getaran, 26 November 2023

Sumber Foto: Kawasaki.

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 18 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.