web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Petunjuk Kawasan Bencana Ada Pembalakan - Bomba

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 8:32PM

Abdul Wahab Mat Yasin (dua dari kiri) melihat alat kawalan dron yang digunakan bagi mencari mangsa yang masih hilang di Pusat Peranginan Titi Hayun, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.


JERAI - Tinjauan udara oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Gunung Jerai hari ini tidak menemukan sebarang kawasan lapang mahu pun terbuka yang menjadi petunjuk kepada aktiviti pembalakan di kawasan itu.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin yang mengetuai tinjauan itu memaklumkan, apa yang dilihatnya hanyalah kewujudan beberapa aliran air terjun dalam pelbagai saiz, disyaki menjadi penyumbang kepada bencana itu.

Menurutnya, aliran air itu yang dilihat berpecah di atas Gunung Jerai, dipercayai bercantum di bahagian bawah hingga mewujudkan aliran cukup deras yang menyumbang kepada bencana di pusat-pusat peranginan dan kampung-kampung berhampiran.

"Tinjauan dijalankan tadi mendapati terdapat sekurang-kurangnya tiga aliran air yang dapat dilihat dengan jelas dan empat lagi terselidung di balik pokok serta hutan.

"Aliran itu wujud dalam pelbagai saiz iaitu besar, kecil dan sederhana. Namun kami tidak nampak sebarang kawasan lapang atau terbuka di atas sana," katanya.

Sebelum ini kecoh di media sosial kononnya berlaku pembalakan di kawasan tersebut sehingga dikatakan menjadi punca kepada tragedi itu.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor bagaimanapun menafikan perkara itu kerana Kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.

Setakat ini empat mangsa iaitu Ahmad Din, 64; Sharuzi Mohamad, 53; Zahinor Murad, 65 dan Mohamad Faizal Zohir ditemukan maut akibat kejadian itu.

Seorang mangsa dilaporkan cedera iaitu adik kandung Zahinor, Abdullah Murad, 64 manakala dua lagi mangsa, Ku Shuib Ku Abdullah serta Ridwan Poniman dilaporkan hilang.

Mengulas lanjut katanya, misi mencari dan menyelamat yang dijalankan pihaknya berdepan cabaran agak besar kerana kawasan terlibat dipenuhi pelbagai sisa hutan terdiri daripada pokok-pokok dan batu besar.

"Selain menggunakan dron, misi mencari ini turut disertai unit anjing pengesan (K9) dan lebih 70 anggota bomba dengan pelbagai kepakaran selain dibantu agens-agensi lain seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta malim gunung.

"Misi pencarian ini diteruskan dalam dua sektor merangkumi kawasan sejauh antara enam hingga tujuh kilometer. Kita juga melakukan pencarian dengan cukup teliti kerana bimbang mangsa tertimbus," katanya.

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan tragedi sama akan berulang pada masa akan datang.

"Jika fenomena itu berlaku sekali lagi sekarang ini, kesannya mungkin tidak terlalu teruk kerana aliran yang saya nyatakan tadi menyebabkan air turun secara terus tanpa bertakung terlalu lama dan banyak.

"Tetapi untuk tempoh jangka masa panjang, semua pihak tetap perlu berwaspada. Jika terdapat sisa hutan atau batu yang menyekat pergerakan air dalam jangka mangsa panjang, tak mustahil situasi sebegini akan berulang," katanya. -Getaran 19 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad