web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Dewan Rakyat Perlu Serah Surat Akuan Pilih PM Selewat-Lewatnya 4 Petang Esok - Speaker

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 1:57PM

Datuk Azhar Azizan Harun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Dewan Rakyat diminta menyerahkan satu surat akuan bersumpah untuk menamakan seorang calon perdana menteri kesembilan, demikian menurut notis yang ditandatangani Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Notis bertarikh 17 Ogos itu bagi membolehkan seorang daripada mereka yang mempunyai kepercayaan majoriti dilantik sebagai perdana menteri susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

“Pada melaksanakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini memberi notis kepada Yang Berhormat supaya menyerahkan surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh Yang Berhormat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan,” menurut notis itu. 

Surat akuan bersumpah itu perlu diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya esok sebelum 4 petang, atau ia tidak akan diambil kira.

Menurut Azhar, ini selaras Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan budi bicara perlu melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang dalam hemat Seri Paduka mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

“Ahli-ahli Yang Berhormat diperingatkan untuk menjaga kerahsiaan Surat Akuan itu sehingga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan,” katanya dalam notis berkenaan.

Azhar berkata surat akuan bersumpah itu tidak dibenarkan dihantar melalui serahan tangan untuk mengelakkan penularan COVID-19 memandangkan Istana Negara masih berada dalam kawasan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar