web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19, Masa Depan Pengusaha dan Pemandu Bas Gelap

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 2:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU: Pandemik COVID-19 sejak tahun lalu nyata memberi impak besar bukan sahaja terhadap kehidupan rakyat, tetapi turut membabitkan semua sektor, khususnya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penularan wabak yang disifatkan terburuk dalam peradaban manusia itu mengundang krisis kewangan global, dan tempias itu turut dirasai Malaysia.

Susulan kemelut kewangan itu, ada syarikat terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat menampung kos, manakala segelintir lagi terpaksa mengecilkan operasi dengan memberhentikan sejumlah besar pekerja.

Hakikatnya, keputusan memberhentikan pekerja bukan sesuatu yang mudah, namun ia terpaksa diambil demi memastikan kelangsungan operasi perniagaan.

Turut merasai kesan ini adalah syarikat bas, apabila lebih 1,000 pemandu bas di Kelantan hilang pendapatan atau menerima pendapatan tidak menentu sejak pelaksanaan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Hasil lumayan yang mencecah lebih RM2,000 sebulan seperti diterima sebelum ini menjunam mendadak, apabila hampir kesemua bas tidak beroperasi.

Demi meneruskan kehidupan, pemandu bas terpaksa melakukan pelbagai kerja termasuk bercucuk tanam dan menjual kuih muih untuk meneruskan kehidupan selain menampung keluarga.

Che Ibrahim Che Ismail
Che Ibrahim Che Ismail

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Kelantan, Che Ibrahim Che Ismail berkata, pengusaha dan pemandu bas kini hidup dalam keadaan tertekan sejak negara dilanda wabak COVID-19.

Katanya, puluhan bas tersadai sejak PKP dan PKPB mula dilaksanakan sejak Mac tahun lalu.

“Atas faktor ini, pemandu bas terpaksa diberi cuti tanpa gaji kerana syarikat sendiri sudah tidak mampu menampung perbelanjaan apabila bas tidak boleh bergerak.

“PKP atau PKPB tidak ada beza kerana orang ramai tidak boleh merentas negeri dan hanya segelintir sahaha yang memiliki surat kebenaran untuk berbuat demikian, justeru pendapatan diterima syarikat tidak mencukupi untuk menampung kos operasi,” katanya kepada Getaran.

Che Ibrahim berkata, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) yang ditawarkan kerajaan juga seakan tidak memberi makna apabila ia hanya diperuntukkan kepada golongan pemandu pelancong dan teksi.

“Tiada dalam mana-mana peruntukan itu yang menawarkan bantuan untuk kami,” katanya sedih.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan (PBSK), Wan Mohamad Nuhairi Wan Hamat berkata, dianggarkan 40 peratus daripada 214 pengusaha bas sekolah negeri itu terpaksa melelong kenderaan masing-masing kepada penjual besi buruk, dengan harga antara RM5,000 hingga RM7,000 bagi menampung hidup.

Katanya, tindakan itu walaupun merugikan terpaksa diambil, demi memastikan keluarga mereka tidak kelaparan.

"Kami kini seolah-olah sudah gulung tikar, apatah lagi dengan sekolah yang masih ditutup.

“Atas faktor ini, saya merayu mana-mana pihak, termasuk kerajaan negeri untuk menghulurkan bantuan bagi membolehkan kami meneruskan kehidupan,” katanya.

Keperitan sama diluahkan pemandu bas Syarikat Perdana Ekspress, Muhammad Pairul Azhar Abdullah, 29, yang berkata, kehidupannya kini agak tersepit apabila diarah terus bercuti sejak pelaksanaan PKP 2.0.

Katanya, keadaan tambah menekan apabila beliau baru sahaja dikurniakan cahaya mata kedua yang semestinya memerlukan perbelanjaan besar.

“Sebelum ini saya mampu memperoleh RM2,300 sebulan, namun kini hanya sekitar RM300, itu pun ihsan daripada syarikat untuk pemandu bas yang tiada pendapatan.

“Bayangkan sewa rumah sahaja sudah berjumlah RM300, belum termasuk kos makan dan minum kami empat beranak,” katanya.

Muhammad Pairul berkata, beliau dan isteri buat masa ini mengambil inisiatif membuat kuih muih bagi diletakkan di kedai berhampiran, sebagai usaha menambah pendapatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti, Datuk Azami Mohd Nor berkata, semua persatuan bas ini diminta mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan negeri.

"Kita akan mempertimbangkan untuk memberi bantuan "One-Off" kepada pengusaha dan pemandu bas ekspress serta bas sekolah berkenaan," katanya. – Getaran, 19 Februari 2021

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad