Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tak Patuh SOP, PPV Bagai Bom Jangka Kluster Baharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 8:42AM

PPV Dewan Masyarakat Tawau sesak dengan orang ramai sebelum ini, yang walk-in ke PPV itu bagi mendapatkan slot suntikan vaksin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Selepas seisi negara digemparkan dengan kesesakan ‘luar biasa’ di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Hotel Grand Season di Kuala Lumpur, situasi sama dapat dilihat pula di sini, membabitkan PPV Dewan Masyarakat Tawau.

Bukan hanya tidak menghiraukan peraturan penjarakan fizikal, orang ramai bertindak menyerbu PPV berkenaan tanpa menghiraukan SOP lain, hanya kerana mahu merebut slot vaksin yang ada.

Kegagalan mematuhi SOP itu sebenarnya bermula hujung minggu lepas, apabila beberapa video memperlihatkan orang ramai menyerbu PPV tular di media sosial.

Keadaan tersebut semakin kritikal apabila Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun mengumumkan kebenaran walk-in ke PPV seluruh negeri, Rabu lalu.

Kegagalan mematuhi SOP itu sebenarnya bermula hujung minggu lepas, apabila beberapa video memperlihatkan orang ramai menyerbu PPV tular di media sosial.

 Dayangku Roshima Awangku Kadre
Dayangku Roshima Awangku Kadre

Seorang penerima, Dayangku Roshima Awangku Kadree, 50 mengakui bimbang terhadap kemungkinan tercetusnya kluster baharu COVID-19 akibat kegagalan orang ramai mengamalkan penjarakan fizikal di PPV berkenaan.

"Saya tidak pasti apa yang berlaku, mungkin terdapat salah faham berkaitan temujanji yang diterima orang ramai

"Sepatutnya perkara ini (kesesakan) tidak berlaku memandangkan waktu suntikan telah ditetapkan lebih awal oleh Kementerian Kesihatan (KKM) seperti tercatat pada MySejahtera," katanya ketika ditemui Getaran.

Menurutnya, pihak berkuasa seperti KKM perlu menaik taraf sistem operasi di PPV bagi mengelakkan kegagalan pematuhan SOP terus berlaku.

Effarida Nasrun
Effarida Nasrun

Pendapat berkenaan disokong Effarida Nasrun, 43, yang turut meluahkan kebimbangan melihat kesesakan di PPV Dewan Masyarakat Tawau ketika hadir menemankan ibunya menerima vaksin dos kedua, semalam.

"Terus terang, saya rasa tidak selamat apabila beratur tanpa ada penjarakan fizikal.

"Perkara ini sudah berlanjutan sejak Ahad lalu, seharusnya pihak berwajib sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan orang ramai melakukan penjarakan fizikal," keluhnya.

Kakitangan swasta, Badrul Muhammad, 24, pula berkata, majoriti penerima sanggup bersesak demi mendapatkan giliran lebih aqal.

"Saya sendiri sepatutnya menerima suntikan vaksin sehari lebih awal dan ditetapkan pada jam 5 petang.

"Namun, apabila tiba sekitar jam 4.30 petang, pegawai bertugas memaklumkan PPV sudah ditutup dan saya diarahkan datang hari ini (semalam), juga jam 5 petang," katanya.

Badrul mengambil keputusan untuk datang sekitar jam 12 tengah hari bagi mengelakkan situasi sama berulang.

"Malangnya, saya tidak dibenarkan masuk kerana terlalu awal untuk jadual temujanji suntikan.

"Saya diarahkan datang semula sekitar jam 3 petang." katanya.

Pada masa sama, kesesakan dan gagal mematuhi SOP penjarakan fizikal turut dikesan di beberapa lagi PPV sekitar Keningau, Sandakan dan Kota Kinabalu. – Getaran, 14 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

2

Semasa 4 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

3

Semasa 5 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 18 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM