web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Larangan Rentas Daerah Sabah Diteruskan - Hajiji

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 8:46PM

Hajiji Noor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUDAT - Kerajaan negeri akan meneruskan penguatkuasaan larangan merentas daerah berikutan peningkatan kes COVID-19 di Sabah yang semakin membimbangkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peningkatan terus berlaku meskipun ada usaha yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti terjejas.

“Senario ini memaksa kerajaan terus melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) dan orang awam perlu mematuhi semua prosedur operasi standard ditetapkan (SOP),” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kudat.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kelonggaran SOP bagi beberapa negeri yang berada di bawah Pelan Pemulihan Nasional (PPN) Fasa Dua, termasuk kebenaran rentas daerah untuk mereka yang telah melengkapkan dos vaksin COVID-19.

bagaimanapun, SOP PPN Fasa Dua Sabah yang dikemaskini pada 12 Ogos menetapkan bahawa larangan rentas daerah dikekalkan kecuali untuk kes kecemasan, bekerja (dengan sokongan surat majikan), temujanji vaksinasi dan petugas sektor perkhidmatan perlu.

SOP yang dikemaskini itu turut menyatakan bahawa perjalanan rentas daerah bagi kes kecemasan, pasangan suami-isteri jarak jauh atau ibu bapa yang mahu berjumpa anak di bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

Dalam pada itu Hajiji berkata, antara langkah untuk mengekang CoVID-19 adalah mendapatkan vaksin sebanyak mungkin selain mematuhi SOP sepanjang masa.

"Kita meminta rakyat agar tidak mengadakan sebarang majlis yang melibatkan ramai orang buat masa ini.

"Kita mahu orang awam lebih berdisiplin kerana hanya dengan cara ini lengkungan jangkitan COVID-19 dapat dilandaikan,” katanya.

Hajiji menarik perhatian, Sabah akan memperolehi 200,000 dos untuk vaksin dos tunggal CanSino minggu hadapan seperti jaminan diberikan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin sebelum ini.

“Dengan ketibaan vaksin dos tunggal ini, ia akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi yang diperlukan bagi mencapai imuniti kelompok,” katanya.

Sehingga kini, 1,227,628 atau 44.5 peratus penduduk Sabah berusia 18 tahun ke atas telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Pada lawatan itu, Hajiji turut melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Mustapha dan bertemu dengan pasukan barisan hadapan serta melihat proses vaksinasi. – Getaran, 13 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad