web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukarelawan Kongsi Pengalaman Sertai Ujian Klinikal Vaksin COVID -19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 8:27AM

Abdul Rahman Bahasa menawarkan diri menjadi sukarelawan untuk vaksin COVID-19 - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahukah anda bahawa dunia pernah digemparkan dengan wabak Spanish Flu? Wabak turut dikenali sebagai Spanish Influenza ini menjangkiti hampir satu bilion penduduk bumi dan meragut sekitar 50 juta nyawa, sekali gus mencatat rekod sebagai antara pandemik terburuk dalam peradaban manusia.

Kini, setelah 100 tahun berlalu, dunia sekali lagi dikejutkan dengan sejenis wabak yang masih belum ditemui penawarnya iaitu COVID-19.

Sedar atau tidak, sudah lebih setahun dunia dilanda dengan wabak ini dan menurut data Universiti John Hopkins, jumlah kematian di seluruh dunia sudah mencapai angka lebih 2.4 juta, manakala bilangan kumulatif kes positif di peringkat global sudah pun melebihi 109.4 juta.

Setakat 16 Februari, jumlah keseluruhan kes di negara ini sahaja sudah mencecah 269,165, dengan bilangan kematian sebanyak 991 dan ia nyata mengundang kebimbangan rakyat terutama golongan yang berisiko tinggi.   

Namun, ketakutan yang membelenggu seakan sirna apabila kerajaan mengumumkan bahawa vaksin wabak berkenaan akan diberikan secara berperingkat.  

Malaysia dalam aspek ini, turut menyediakan lima kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.  

Menurut data portal Kementerian Kesihatan, seramai 990 sukarelawan bersetuju menyertai Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19 setakat 8 Februari lalu dan dari jumlah itu, 208 daripada mereka sudah menerima dos pertama vaksin kajian atau suntikan plasebo.

Seorang peserta, dikenali sebagai Ir Abdul Rahman Bahasa menerusi perkongsiannya di Facebook berkata, beliau tidak berputus asa untuk terus cuba memohon, walaupun ditolak untuk kali pertama.

“Pada awalnya saya tidak diterima untuk menjadi sukarelawan akibat alahan terhadap makanan laut sewaktu kecil, namun segalanya berubah apabila pihak hospital menghubungi saya pada 22 Januari lalu dan memaklumkan saya diterima,” katanya teruja.

Kad temujanji untuk Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19
Kad temujanji untuk Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19

Sejurus selesai mengikuti sesi penerangan pada 31 Januari lalu, beliau diminta menjalani satu saringan bagi membuktikan dirinya bebas COVID-19 dan HIV.

Abdul Rahman memberitahu, ujian pra-klinikal ini mempunyai empat peringkat yang perlu dilalui semua peserta.

“Untuk peringkat pertama, sukarelawan perlu menjalani ujian swab dan pemeriksaan darah bagi memastikan diri mereka bebas daripada wabak COVID-19 dan HIV,  manakala bagi peringkat kedua, suntikan dos pertama akan diberikan,  

“Kesemua penerima tidak tahu sama ada bahan yang diberikan kepada mereka itu adalah vaksin atau sekadar suntikan plasebo, kerana ujian pra-klinikal ini merupakan double blinded study.

“Memasuki peringkat terakhir, sukarelawan akan dipantau selama tujuh hari jika berlakunya sebarang kesan sampingan,” katanya.

Abdul Rahman menarik perhatian, beliau perlu menjalani pemantauan selama tujuh hari selepas melalui proses itu kali pertama, sebaik menerima suntikan awal.

“Ini bermakna saya sudah melalui tiga peringkat ujian dan selepas ini, perlu menerima suntikan kedua untuk melengkapi prosedur peringkat keempat,” katanya.

Beliau dalam hantaran itu turut berkongsi keadaan diri selepas menerima suntikan, yang mampu melakukan aktiviti harian seperti biasa tanpa sebarang kesan sampingan.

“Doktor menasihatkan kami (sukarelawan) untuk sentiasa berfikiran positif kerana ia membantu seseorang individu menjalani kehidupan yang sihat.  

“Lebih penting, sistem imunisasi badan bakal menjadi kuat dan lebih baik.” katanya yang berharap perkongsiannya dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua. - Getaran, 18 Februari 2021

Sumber - https://www.facebook.com/rahman.bahasa.90

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad