web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemasukan Ke Hospital Bagi Kes Bergejala Indikator Baharu Peralihan Fasa PPN

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 7:53AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bilangan kemasukan baharu ke hospital kes bergejala akan digunakan sebagai indikator bagi peralihan fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk negeri di dalam fasa satu yang telah mencapai kadar vaksinasi sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk dewasa.

Menteri Penyelaras PPN Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia susulan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu ini yang memutuskan untuk menggunakan indikator itu sebagai satu daripada indikator bagi peralihan fasa PPN.

Beliau berkata keputusan ini dibuat berdasarkan nasihat pakar kesihatan serta pengalaman antarabangsa dan domestik dengan penelitian bahawa risiko penularan COVID-19 menurun seiring peningkatan kadar vaksinasi penduduk dewasa.

“MPN memutuskan bahawa indikator tersebut hanya akan menggantikan indikator sedia ada (iaitu bilangan kes COVID-19 harian baharu) apabila vaksinasi sesebuah negeri di dalam fasa satu telah mencapai kadar sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk dewasa,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Tengku Zafrul berkata penanda aras bagi kes bergejala yang digunakan adalah berdasarkan

“Nilai ambang seluruh negara bagi bilangan kes bergejala untuk peralihan fasa satu ke fasa dua iaitu 2,000 kes sehari seluruh negara (6.1 per 100,000 penduduk), peralihan fasa dua ke fasa tiga 1,000 kes (3.0 per 100,000 penduduk) manakala peralihan fasa empat ke lima 400 kes (1.3 per 100,000 penduduk),” katanya.

Menteri Kewangan itu berkata penilaian bagi peralihan daripada satu fasa ke fasa selanjutnya masih tertakluk kepada keperluan memenuhi kesemua indikator termasuk penggunaan kapasiti unit rawatan rapi (ICU) dan kadar vaksinasi penduduk dewasa.

“Sebagai contoh bagi Lembah Klang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Melaka yang masih berada di fasa satu, apabila mereka mencapai kadar vaksinasi sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk dewasa, indikator kes yang akan diguna pakai ialah kemasukan kes baharu ke hospital yang bergejala.

“Seterusnya, negeri ini hanya boleh beralih ke fasa dua jika mencapai nilai ambang kes kemasukan hospital baharu yang bergejala (6.1 per 100,000 penduduk) dan tahap kapasiti penggunaan ICU sederhana,” katanya.

Beliau berkata keputusan ini juga diambil selepas risiko penularan dilihat jelas terkawal di Sarawak dan Labuan dengan pengurangan ketara kes bergejala serta yang memerlukan rawatan di wad ICU.

“Walaupun Sarawak dan Labuan berdepan dengan penggunaan kapasiti wad ICU penuh semasa bulan Jun namun setelah kadar vaksinasi mencecah 50 peratus pada bulan Julai, penggunaan kapasiti wad ICU telah menurun bagi kedua-duanya dan mencapai tahap mencukupi,” katanya.

Beliau berkata penilaian risiko bagi mempertimbang pembukaan aktiviti ekonomi dan sosial akan lebih tepat jika berasaskan kepada bilangan kes bergejala kategori tiga, empat dan lima berbanding merujuk jumlah kes harian baharu.

“Contohnya, walaupun kes harian baharu di Sarawak mencecah 400 sehari tetapi bilangan pesakit baharu kategori tiga, empat dan lima kurang daripada 10 pesakit atau dua peratus daripada kes harian.

“Negara-Negara seperti United Kingdom juga telah mengambil pendekatan yang tertumpu kepada kadar kes bergejala dan telah terus membenarkan pembukaan aktiviti ekonomi dan sosial berdasarkan penilaian risikonya iaitu jumlah kes bergejala adalah rendah walaupun jumlah kes baharu masih tinggi,” katanya.

Tengku Zafrul juga berkata sejak awal pengumuman PPN, kerajaan telah menekankan pelan itu perlu bersifat dinamik dengan semua pendekatan yang diambil adalah berdasarkan data dan sains.

“Ini termasuklah penetapan indikator dan nilai ambang untuk peralihan fasa. Penggunaan nilai indikator baharu ini akan dapat menambah baik penilaian risiko dalam mempertimbang pembukaan aktiviti ekonomi dan sosial dalam konteks peralihan fasa PPN,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Bantuan Musim Tengkujuh Berjumlah RM9.7 Juta Untuk Peneroka Tanaman Getah FELDA

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Segerakan Kemasukan Tenaga Kerja Asing, Bantu Pulih Perniagaan - Pengusaha Perniagaan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15 Indikator Malaysia Jadi Seperti Sri Lanka, Ketepi Kepentingan Minoriti 

Sorotan

1

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

3

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

4

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

5

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

6

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad