Berita Terkini

5 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Sambung Segera Sidang Dewan, Perketatkan SOP, Panjangkan Tempoh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 1:21PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penangguhan Sidang Khas Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang menyifatkan keputusan itu sebagai cubaan menutup krisis Perlembagaan dihadapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Dakwa mereka, keputusan terbabit umpama ada udang di sebalik batu, apabila secara tiba-tiba diumumkan selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan media pada Khamis lalu mengenai pemakluman Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berhubung pembatalan semua Ordinan Darurat walhal perkara berkenaan belum diperkenankan baginda.

Bagaimanapun, menerusi notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, tindakan itu adalah selaras pemakluman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penangguhan persidangan berkenaan mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Notis itu turut memaklumkan, penangguhan terbabit adalah sejajar cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan penilaian risiko semasa dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM), ekoran perkembangan terbaru kes COVID-19 yang dikesan di bangunan Parlimen, sekali gus membawa risiko penularan di premis tersebut.

Persoalannya adakah wajar Parlimen ditangguhkan selepas hampir lapan bulan ‘tidak beroperasi’ disebabkan pelaksanaan darurat akibat COVID-19, malah adakah persidangan itu mesti diteruskan, memandangkan pelbagai isu dan permasalahan semasa berkaitan pandemik terbabit perlu dibahas serta dibincangkan wakil rakyat?

Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, persidangan tertangguh itu perlu diadakan dalam masa terdekat dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP).

Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

Penangguhan lebih lama persidangan itu, katanya, akan ‘membantutkan’ perbincangan berhubung isu COVID-19, seperti perjalanan proses vaksin, perbelanjaan, ekonomi, bantuan dan persekolahan yang begitu mendesak ketika ini serta menuntut kebertanggungjawaban dan jawapan daripada menteri berkaitan.

“Jadi saya kira apabila Parlimen dibatalkan dengan alasan terbabit (kes COVID-19) dan keperluan meneruskan persidangan ada, perkara ini perlu dilihat semula daripada aspek SOP, sama ada memadai atau diperketatkan untuk menjamin keselamatan keseluruhan individu daripada dijangkiti virus berkenaan.

“Pihak Parlimen perlu melihat adakah relevan sekiranya persidangan dibuat secara hibrid dengan separuh wakil rakyat hadir di dalam dewan, manakala sebahagiannya secara maya,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Awang Azman berkata, susulan penangguhan itu, beliau berpendapat sesi persidangan perlu diganti ke satu tarikh baharu bagi memastikan sistem penyampaian dan tempoh soal jawab berjalan lancar untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan yang selaras dengan peranan Parlimen.

“Tempoh setiap sesi juga harus ditambah kerana waktu ditetapkan ketika ini tidak mencukupi memandangkan terlalu banyak perkara untuk dibahaskan. Ini adalah ilmu asas dan benda realistik yang perlu dilaksanakan.

“Pihak kerajaan perlu bersedia untuk menjawab setiap soalan dikemukakan dan menyediakan jawapan supaya wakil rakyat serta masyarakat menerima penjelasan tepat terhadap apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Komen senada turut diberikan Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali yang mahu tempoh persidangan dipanjangkan.

Beliau berkata, walaupun penangguhan itu dianggap mempunyai asas serta bukan disengajakan, penambahan masa bersidang wajar diberikan bagi membolehkan setiap Ahli Parlimen berbahas lebih selesa dan terperinci.

Malah, katanya, penangguhan itu tidak seharusnya dijadikan isu memandangkan perbahasan dewan Parlimen akan diadakan sepanjang September yang menyaksikan Ahli Parlimen memiliki masa dan ruang mencukupi untuk membentangkan usul serta mengemukakan cadangan.

“Kita pun harus lihat kepentingan negara sekarang adalah untuk mengatasi isu COVID-19 yang melangkaui politik, jadi tidak perlulah banyak berpolitik kerana bimbang sekiranya situasi pandemik bertambah buruk, pastinya bukan sahaja kerajaan dan pembangkang sahaja, rakyat juga terkesan teruk.

“Saya juga berharap peluang diberikan nanti bagi Ahli Parlimen bersidang akan digunakan sebaik mungkin untuk memaksimumkan keadaan, kena terbuka sikit ketika bersidang demi keselamatan negara serta rakyat,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Politik, Prof Emeritus Tan Sri Ibrahim Abu Shah ketika diminta mengulas kewajaran persidangan Parlimen diadakan semula dalam tempoh terdekat, berkata, perkara berkenaan bergantung kepada situasi semasa.

Jelasnya, jika situasi kes COVID-19 di Parlimen bertambah teruk dan Ahli Parlimen dijangkiti atau berisiko mendapat virus itu, tidak wajar penangguhan sedia ada ditarik balik.

Ibrahim berkata, sekiranya persidangan diadakan semula ketika tempoh pandemik yang masih membimbangkan kini, kaedah pelaksanaannya perlu diteliti.

“Dua kaedah persidangan boleh dilaksanakan sekiranya persidangan Parlimen diadakan dalam tempoh terdekat, iaitu menerusi bersemuka dan hibrid. Tengok kedudukan sama ada keadaan ahli politik ini bertambah teruk atau tidak.

“Jika teruk jangan dibuka Parlimen dan sekiranya masih di bawah kawalan, boleh diadakan dengan hanya membenarkan mereka yang tidak dijangkiti COVID-19 masuk ke dewan mengikut pematuhan ketat SOP. Mereka yang dijangkiti atau berisiko, tidak boleh dibenarkan masuk, sebaliknya menghadiri persidangan secara maya,” katanya. - Getaran, 2 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dewan Rakyat Lulus RUU Polis (Pindaan) 2024

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Dasar Gaji Progresif, TVET Dan Kerosakan Jalan Raya Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kurma Dari Israel, Subsidi Telur Antara Isu Dibincang Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 3 minggu yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 1 hari yang lalu

Henti Ambil Kesempatan Isu Stoking Kalimah Allah - Agong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 minit yang lalu

Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee Selamat Dikebumikan

Semasa 20 jam yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad