web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Walk-In Di 9 PPV Mulai Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 12:57PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan pusat pemberian vaksin (PPV) Lembah Klang akan menyediakan perkhidmatan secara walk-in bermula esok.

Menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), antara sembilan lokasi PPV tersebut adalah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur HCO F, HCO G dan HCO H, Pusat Konvensyen Bangi Avenue, Hotel Wyndham, Klang, Dewan Tun Razak, Sabak Bernam,  Dewan Komuniti Serendah, Pusat Konvensyen dan Hotel Movenpick KLIA dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

“Vaksinasi ‘walk-in’ bagi warga negara di Lembah Klang berumur 40 tahun ke atas atau kumpulan komorbid bermula esok hingga 4 Ogos ini, manakala 5 Ogos hingga 22 Ogos pula, terbuka untuk semua warga negara berusia 18 tahun ke atas.

“Bagi bukan warga negara pula, hanya PPV Stadium Nasional Bukit Jalil dikhususkan untuk ‘walk-in’, bermula pada 9 hingga 11 Ogos, khusus buat mereka yang berusia 40 tahun ke atas atau golongan komorbid," katanya.

Menurut CITF, penduduk bukan warga negara berusia 18 tahun ke atas dipelawa mendapatkan vaksin masing-masing bermula 12 hingga 22 Ogos, bermula jam 2 petang setiap hari, tertakluk kepada operasi PPV berkenaan.

“Penerima vaksin perlu menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti kad pengenalan, bil utiliti, kad pelajar, manakala golongan komorbid pula diwajibkan membawa bukti seperti kad rawatan atau kad temu janji.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah, mereka akan melalui proses ditetapkan Garis Panduan Pengurusan Pemberian Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara dikeluarkan oleh CITF,” katanya lagi.

CITF juga menjelaskan, program itu terbuka kepada penerima terawal, berdasarkan kapasiti bekalan di PPV.

“Individu yang hadir secara ‘walk-in’ akan diletakkan dalam senarai menunggu untuk hadir semula pada keesokan hari, sekiranya bekalan vaksin pada hari berkenaan habis,” katanya.

Dalam pada itu, CITF juga berkata, program ‘outreach’ vaksinasi ‘walk-in’ di kawasan pinggiran Lembah Klang akan bermula secara berperingkat mulai 9 Ogos ini.

“Jadual pergerakan, iaitu tarikh dan lokasi bergantung kepada perancangan pihak terlibat, seperti NGO dan agensi kerajaan yang menganjurkan Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) serta lain-lain agensi seperti Pejabat Daerah dan Pejabat Kesihatan di kawasan sasaran.

“Hebahan tarikh, masa dan lokasi akan dilakukan melalui media sosial, media arus perdana dan melalui kerjasama dengan Pejabat Daerah yang berkenaan serta Jabatan Penerangan Negeri Selangor,” katanya.

CITF turut menegaskan, sistem ‘walk-in’ dikhususkan untuk penduduk di Lembah Klang yang tidak mempunyai sebarang temu janji di aplikasi MySejahtera.

“Individu yang sudah menerima temu janji adalah tidak dibenarkan untuk ‘walk-in’,” katanya. - Getaran, 1 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad