Berita Terkini

7 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Perak Catat Peningkatan Kes COVID-19 Perlu Rawatan Kritikal, ICU - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 10:09AM

Dr Noor Hisham (kanan) melawat Hospital Tapah. - Gambar dari Facebook Dr Noor Hisham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perak mencatatkan peningkatan kes COVID-19 kategori 4 dan 5 yang memerlukan rawatan kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Setakat semalam, terdapat 121 pesakit COVID-19 di Perak yang sedang dirawat di ICU dengan kadar purata tujuh hari penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus.

“Jabatan Kesihatan Negeri Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan pelbagai agensi sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi peningkatan mendadak kes COVID-19 yang diramalkan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perkongsian di laman Facebook yang turut memuat naik beberapa gambar lawatan kerjanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Hospital Taiping, Hospital Tapah dan Hospital Slim River tengah malam tadi.

Katanya sebuah bilik gerakan telah ditubuhkan bagi memastikan ketersediaan katil untuk merawat pesakit COVID-19 di Perak dan sebanyak 223 katil wad serta 42 katil ICU telah dikhaskan untuk rawatan COVID-19 di HRPB yang mula merawat pesakit wabak itu mulai Januari tahun lepas.

Dr Noor Hisham berkata bagi hospital lain di Perak, Hospital Taiping yang mula merawat pesakit COVID-19 pada Mac tahun lepas telah mengalami peningkatan kemasukan pesakit COVID-19 sejak akhir Jun lepas.

“Sebanyak 237 kes baharu telah dilaporkan di daerah Larut, Matang dan Selama termasuk 175 kes adalah di mukim Taiping.

“Persiapan sedang giat dilaksanakan bagi menghadapi peningkatan kes COVID-19 yang diramalkan memuncak dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi. Kerjasama semua pihak adalah penting dałam menghadapi peperangan getir yang mendatang,” kata Dr Noor Hisham.

Menurutnya, lima wad dengan kapasiti 120 katil dan 16 katil ICU telah dikhaskan untuk rawatan COVID-19 di Hospital Taiping setakat ini.

Beliau berkata Hospital Tapah yang merawat pesakit COVID-19 mulai November tahun lepas, terdapat 100 katil dan daripada jumlah tersebut, 28 katil dikhaskan untuk rawatan COVID-19.

"Secara kumulatif setakat Jun lepas, pesakit COVID-19 yang telah dirawat di hospital ini berjumlah 527 orang. Selain itu, hospital ini juga memberikan perkhidmatan kesihatan bagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Penjara Tapah," katanya.

Dr Noor Hisham berkata persiapan juga sedang giat dilaksanakan bagi menghadapi peningkatan kes COVID-19 di Hospital Slim River yang turut menerima rujukan kes COVID-19 kategori 3 hingga 5 dari Selangor, khususnya PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Daerah Petaling.

Hospital berkenaan yang mula merawat pesakit COVID-19 pada April tahun lepas, mempunyai kapasiti 250 katil iaitu 69 katil wad dan 4 katil ICU (diubah fungsi) telah dikhaskan untuk rawatan COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Raghad Nafi Bawa Keluar Abdul Taib Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengurangan Pencemaran, Penggunaan Plastik Tanggungjawab Semua Pihak

oleh Fida Ruzki

Semasa 6 jam yang lalu

Isham Jalil Kemuka Representasi Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Badan Kehakiman

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Kuantan Ada Masalah Kesihatan – Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Peribadi Ditembak Di KLIA Sudah Sedar