Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Isu Darurat: Dewan Rakyat Ditangguh Isnin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 7:56PM

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ditangguhkan ke Isnin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini yang sepatutnya membincangkan isu sosial ekonomi rakyat bertukar topik selepas tumpuan beralih kepada isu darurat susulan kenyataan Istana Negara.

Hanya kira-kira dua jam setengah persidangan hari ini berjalan mengikut Aturan Mesyuarat dengan pembentangan penerangan berkenaan pakej-pakej bantuan ekonomi oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan kemudiannya sempat diminta penjelasan oleh beberapa Ahli Parlimen.

Selebihnya, mesyuarat ditangguhkan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 12(2) sebanyak lima kali bermula pukul 12.30 tengah hari, sebelum Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon pada pukul 5.15 petang mengumumkan penangguhan mesyuarat sehingga Isnin ini pukul 10 pagi.

Pada awalnya penangguhan dibuat Mohd Rashid bagi membincangkan lebih lanjut mengenai Aturan Mesyuarat selepas dewan kecoh apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bangkit membacakan teks penuh kenyataan Istana Negara.

Dalam kenyataan Istana Negara hari ini Seri Paduka menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen Isnin lepas bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Baginda.

Seri Paduka menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada Isnin telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen.

Al Sultan Abdullah turut menegaskan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka selaku Ketua Utama Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sesi mesyuarat itu yang sepatutnya bersambung 15 minit kemudian bagaimanapun ditangguhkan sekali lagi oleh Mohd Rashid sehingga 2.30 petang dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said yang masuk selepas waktuk rehat menangguhkan lagi sehingga 3.30 petang.

Ketika ramai Ahli Parlimen dan orang ramai menanti mesyuarat bersambung pada 3.30 petang, Mohd Rashid yang masuk selepas loceng dibunyikan, sekali lagi menangguhkan mesyuarat sehingga 5.15 petang atas alasan terdapat kes positif COVID-19 di kalangan petugas Parlimen dan mengarahkan semua yang berada di Bangunan Parlimen membuat saringan.

Mohd Rashid ketika mengumumkan mesyuarat ditangguh buat kali kelima, turut memaklumkan hasil saringan dijalankan di Bangunan Parlimen hari ini, dua lagi kes positif COVID-19 dikesan.

Terdahulu, Tengku Zafrul pada sesi penerangan, memaklumkan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion dilaksanakan sejak pandemik COVID-19 melanda negara membuktikan kerajaan mendengar dan bertindak supaya rakyat dan ekonomi terus bertahan dalam tempoh mencabar ini.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) pula ketika meminta penjelasan daripada Tengku Zafrul, mahu kerajaan memberi perhatian kepada morotarium tanpa faedah, ekonomi sebelum dan pasca COVID-19 selain mencadangkan elaun tambahan perlu diperuntuk kerajaan kepada semua petugas hadapan bagi menghargai peranan mereka.

Sepanjang mesyuarat hari keempat ditangguhkan sehingga 5.30 petang tadi, difahamkan berlangsung perjumpaan menteri-menteri Kabinet di kediaman Perdana Menteri.

Dalam perkembangan sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson pada sidang media di Bangunan Parlimen memaklumkan bahawa beliau telah menyerahkan usul kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun bahawa Dewan Rakyat hilang kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dimakzulkan daripada jawatan Perdana Menteri dengan segera.

Berikutan keadaan yang berlaku itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Whip kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen yang masih bersama-sama kerajaan pada hari ini.

"Justeru, saya berharap rakyat bertenang di dalam menghadapi situasi terkini dan sama-sama kita berdoa agar kemelut politik ini berakhir dengan segera . - Bernama 

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

Semasa 23 jam yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Semasa 3 jam yang lalu

Peserta Gaza Freedom Flotilla Dari Malaysia Tiba Di Istanbul

Luar Negara 1 hari yang lalu

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia