web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Rayuan Lucut Hak Wang Sembilan Entiti Termasuk UMNO, Wanita MCA Pada 2 Sept

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 6:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 2 September untuk memutuskan rayuan pihak pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan lucut hak terhadap lapan entiti termasuk UMNO dan Wanita MCA membabitkan wang jutaan ringgit.

Tarikh sama juga ditetapkan untuk keputusan rayuan Badan Perhubungan UMNO Pahang bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan pendakwaan melucut hak RM2,479,300.18 yang disita daripada badan perhubungan UMNO negeri itu.

Wang itu, yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pendakwaan dan peguam yang mewakili sembilan entiti termasuk UMNO, Wanita MCA, Badan Perhubungan UMNO Kedah dalam prosiding yang berlangsung secara maya melalui aplikasi Zoom hari ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana hujahan ini dapat dilakukan melalui aplikasi Zoom, seronok juga jika ia dibuat di mahkamah terbuka tapi keadaan tidak mengizinkan.

“Kami memerlukan masa untuk mempertimbang isu-isu yang dibangkitkan di dalam kes ini dan isu-isu ini boleh dikatakan menarik kerana membabitkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Tarikh keputusan ialah pada 2 Sept pukul 9 pagi,” kata Abdul Karim yang bersidang bersama dengan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Abu Bakar Jais.

Terdahulu, mahkamah mendengar hujah peguam yang mewakili UMNO iaitu Datuk Hariharan Tara Singh, Datuk Ben Chan yang mewakili Wanita MCA, Thevini Nayagam yang mewakili Perano dan K&Z Enterprise, G Nadaraja bagi pihak Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Mohd Khalil Tajuddin bagi pihak Binsabi Sdn Bhd.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi pula berhujah bagi pihak pendakwaan.

Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk melucut hak wang RM192,965,413.61 milik UMNO; Wanita MCA (RM300,000), Perano iaitu sebuah syarikat menjual hijab dan Binsabi Sdn Bhd, yang membekalkan khemah, masing-masing membabitkan jumlah RM337,634.78 dan RM827,250; Habib Jewels Sdn Bhd (RM100,000); K&Z Enterprise Sdn Bhd (RM138,359.60); Badan Perhubungan UMNO Kedah (RM1.05 juta) dan Hattatex Trading (RM111,590).

Badan Perhubungan UMNO Pahang pula mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pendakwaan untuk melucut hak RM2,479,300.18 yang disita daripada badan perhubungan UMNO negeri itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 2 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad