web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lucut Hak: Pemeriksaan Fizikal Ke Atas 11,991 Unit Barang Kemas Ditanggguh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 4:02PM

Najib Tun Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pemilik syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL dari Lubnan, Samer Halimeh masih belum dapat memeriksa 11,991 unit barang kemas yang kini disimpan dalam lebih 90 buah kotak di bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).

Barang kemas itu antara pelbagai barang yang disita polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata mahkamah sebelum ini menetapkan 12 hingga 15 Julai bagi pemeriksaan barang kemas itu oleh pihak ketiga, namun tidak dapat dilaksanakan berikutan pelaksanaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Pemeriksaan barang kemas itu yang turut ditetapkan pada 2 hingga 5 Ogos ini masih tidak dapat dijalankan kerana Fasa Satu PPN dan Samer yang kini berada di United Kingdom, masih belum dapat diuruskan untuk masuk ke Malaysia.

"Pihak pendakwaan juga mencadangkan pemeriksaan fizikal hanya dijalankan apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran untuk melakukan aktiviti berkumpulan di tempat tertutup, setelah mengambil kira perkembangan semasa seperti risiko penyebaran wabak COVID-19," katanya kepada pemberita menerusi aplikasi WhatsApp selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin, hari ini.

Najib, Rosmah dan Global Royalty merupakan pihak ketiga ingin menuntut barang kemas, dalam permohonan lucut hak difailkan pendakwaan terhadap Obyu Holdings yang dimiliki Tan Sri Bustari Yusof.

Faten Hadni bagaimanapun berkata risiko penyebaran wabak itu adalah tinggi kerana keadaan bilik kebal BNM yang tertutup dan pemeriksaan barang kemas akan membabitkan ramai orang, bukan sahaja pihak ketiga tetapi pihak polis yang perlu mengawal keselamatan ketika pemeriksaan dijalankan.

Beliau berkata perkara itu tidak dibantah peguam-peguam yang mewakili pasangan suami isteri itu dan Samer serta mahkamah menetapkan 9 Sept ini untuk pengurusan kes.

Sebelum ini, pemeriksaan barang kemas itu tidak dapat dilakukan setelah Samer tidak dibenarkan memasuki Malaysia kerana sempadan negara ditutup susulan wabak COVID-19.

Bagaimanapun pada 25 Julai tahun lepas, Najib dan Rosmah telah memeriksa sebanyak 306 beg tangan, 401 jam tangan, 16 aksesori jam tangan dan 234 cermin mata yang turut disita dari premis sama.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings bagi menyita pelbagai barangan termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 unit aksesori jam tangan, 234 cermin mata, 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Wang dan barang kemas itu dirampas pihak berkuasa kerana didakwa terbabit skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad