web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pandemik COVID-19, Pengusaha Inap Desa Dalam Derita

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 9:00AM

Pondok Selamah di inap desa Laman Sakinah, Temerloh, Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Sudah masuk bulan kedua menjelang tahun 2021, Malaysia serta seluruh dunia masih berdepan dengan gelombang wabak COVID-19.

Penganalisis sebelum ini pernah memberi amaran, ekonomi global diramalkan mengalami penguncupan ketara, apabila sejumlah besar negara utama berdepan kemelut kewangan yang serius.

Senario itu turut berlaku di Malaysia, yang kini sedang berdepan ancaman gelombang ketiga COVID-19, sehingga memaksa Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) dilaksanakan.

Ia menimbulkan kerisauan ramai, apabila jumlah kes terus meningkat kerana dibimbangi kerajaan tidak mampu menangani senario itu dengan baik seperti gelombang pertama dan kedua dahulu, apatah lagi dengan tahap hutang yang dianggarkan melebihi 55 peratus.

Mutakhir ini, ketika kerajaan mengenakan sekatan seperti pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di beberapa negeri, kesan kejatuhan ekonomi tetap terasa di seluruh Malaysia.

Sejumlah besar industri termasuk sektor pelancongan masih terjejas, dan penutupan pintu sempadan antara faktor utama yang menyumbang kepada keadaan itu.

Jika sebelum ini kemelesetan ekonomi berkait rapat dengan sektor perhotelan, perubahan zaman menyaksikan perniagaan inap desa turut menerima tempias kali ini.

Pengusaha inap desa Laman Sakinah di Temerloh, Pahang, Saifuddin Mungit, 62, berkata, perniagaan inap desa yang diusahakan sejak 2017 itu berdepan kerugian lebih 80 peratus sejak PKP 1.0 dilaksanakan Mac tahun lalu.

Saifuddin Mungit
Saifuddin Mungit

“Disebabkan PKP dan sekatan rentas negeri, kami kerugian lebih 80 peratus dan terpaksa mengambil langkah mengubah strategi perniagaan dengan membuat iklan di kawasan Temerloh, termasuk tawaran khidmat sarapan pagi, tengah hari dan malam kepada penduduk kawasan setempat.

“Ia berikutan jumlah pelanggan yang semakin menurun, kerana ketakutan mereka untuk menginap di luar susukan peningkatan ketara jangkitan COVID-19 akhir-akhir ini,” katanya kepada Getaran.

Saifuddin berkata, senario semasa yang melatari negara ketika ini pernah membuatkan beliau hampir berputus asa, apabila membayangkan kemungkinan perniagaan itu terpaksa ditutup akhirnya.

“Ketika itu, saya merasakan dunia seakan gelap kerana perancangan untuk bersara dan mengusahakan Laman Sakinah sepenuh masa tidak dapat dilaksanakan,”katanya.

Saifuddin, seorang jurutera bangunan di sekitar Bukit Bintang berkata, dia sebagai pengusaha turut dibebani dengan kos penyelenggaraan yang tinggi, selain terpaksa membayar kos upah pekerja dalam keadaan inap desa tidak dikunjungi pelanggan.

“Saya mengusahakan inap desa atau homestay ini sejak hampir 5 tahun lalu, kerana ketika itu dalam perancangan untuk bersara dari pekerjaan.

“Ketika dia awal tahun 2019, perniagaan inap desa yang saya usahakan mula berkembang, tetapi langit tidak selalunya cerah, apabila berdepan dengan virus COVID-19 pada tahun 2020,” katanya.

Penularan virus berkenaan jelas Saifuddin, menyebabkan Laman Sakinah berdepan masalah kekurangan tetamu, termasuk dari kalangan rakyat luar negara.

“Untuk mengekalkan perniagaan, kami mengambil inisiatif untuk melakukan promosi kepada rakyat tempatan, seperti kumpulan berbasikal, penggemar aktiviti berkhemah dan sebagainya,” katanya yang mengusahakan perniagaan itu bersama isteri.

Berkongsi pengalaman sama, seorang lagi pengusaha inap desa Asidah Abdul Ghani, 60, berkata, beliau berdepan kerugian sejak negara dilanda COVID-19, kerana sebelum ini inap desa berkenaan sebahagian besarnya dikunjungi pelancong luar negara.

Asidah Abdul Ghani
Asidah Abdul Ghani

“Sebelum ini, inap desa yang saya usahakan sejak 2006 ini menerima banyak kunjungan daripada pelajar luar negara seperti Jepun, Korea dan beberapa negara lain.

“Sebahagian besar pengunjung terdiri daripada mereka yang mahu mempelajari budaya masyarakat tempatan,” katanya.

Asidah yang sudah mengusahakan inap desa selama lebih 15 tahun di FELDA Semenchu, Kota Tinggi, itu berkata, sektor pelancongan adalah antara yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 dan ia sudah pasti memerlukan masa yang panjang untuk memulihkannya semula.

“Bayangkan sudah bertahun-tahun kami menerima kunjungan Program Pertukaran Pelajar dan Belia dari negara luar, tetapi sejak dua tahun lalu, program homestay ini sepi.

“Saya dan beberapa pengusaha homestay dari FELDA Semenchu ini turut terkesan tetapi kami akur dengan keputusan kerajaan yang menutup pintu masuk untuk pelancong atau pintu keluar ke negara lain bagi mengelakkan virus ini dari terus menular,” ujar Asidah.

Pelajar dari Jepun yang pernah tinggal di inap desa di FELDA Semenchu, Kota Tinggi.
Pelajar dari Jepun yang pernah tinggal di inap desa di FELDA Semenchu, Kota Tinggi.

Mengulas masa depan industri homestay negara pasca COVID-19, Asidah berkata, dia dan anaknya kini menggunakan alternatif lain bagi meneruskan kehidupan dengan membuka gerai makan kecil-kecilan.

Dari senario ini, jelas kelihatan betapa pandemik COVID-19 sebenarnya menghasilkan kitaran masalah yang tidak berpenghujung dan persoalannya, berapa ramai antara mereka benar-benar dapat menikmati bantuan dihulurkan kerajaan?

Jika kita mengalami PKP seluruh negara sekali lagi, mampukah ekonomi negara dipulihkan dengan segera? - Getaran, 16 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Dalam Inap Desa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 21 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad